Jam tangan pintar memenuhi keperluan individu yang mengamalkan gaya hidup aktif. Amazfit berikan apa yang kamu.!
Amazfit, jenama perkakasan boleh pakai pintar premium milik Zepp Health Corporation (Zepp), melancarkan jam tangan pintar Amazfit GTR 4 dan GTS 4. Direka untuk rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup aktif dalam sukan, fesyen dan perniagaan.
- Foto – Amazfit
Keduanya miliki rekaan menarik tapi DIVA lebih tertarik pada Amazfit GTS 4 yang lebih sesuai dengan penampilan wanita moden hari ini.
Dengan penampilan yang lansing dan bergaya, Amazfit GTS 4 mempunyai fungsi sukan yang dipertingkatkan sambil kekal ultra nipis dan bergaya.
IKLAN
Amazfit GTS 4 dilengkapi dengan paparan HD AMOLED 1.75 dan reka bentuk persegi moden. Ia juga terdapat lebih daripada 150 muka jam tangan, 10 muka jam yang boleh diedit dan 30 muka jam tangan animasi.
- Foto – Amazfit
Kedua-dua model ini mempunyai pelbagai ciri baru untuk menyokong gaya hidup sukan, antaranya;
- teknologi antena GPS polarisasi Dwi-jalur
- import laluan dan navigasi masa nyata
- mod latihan
- kekuatan pintar
- templat latihan selang
- peringatan sukan dan siaran suara
- mod larian trek
- lebih daripada 150 mod sukan dan pengiktirafan pintar yang boleh mengesan keadaan sukan dan prestasi
- rintangan air 5 ATM dan untuk pemantauan kesihatan
- bioTracker 4.0 baru untuk mengesan oksigen darah dan kadar jantung
Cool? GTS 4 didatangkan dalam pilihan warna Infinite Black, Misty White, Autumn Brown dan Rosebud Pink, dengan harga runcit RM829.
Info lanjut mengenai jam tangan pintar Amazfit GTR 4 dan GTS 4 di www.amazfit.com/my.