Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Musim Gugur Di Jepun, Lokasi Instagrammable Ini Yang Patut Kamu Kunjung!

by Soph.Azz
October 6, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mungkin ada yang katakan musim bunga sakura mengembang adalah musim terbaik untuk kunjungi Jepun. Tapi kamu belum lihat lagi suasana musim luruhnya. Memang the best!

Momijigari atau koyo adalah istilah yang agak popular di Jepun yang menggambarkan musim luruh.

Entri kali ini, DIVA nak cadangkan beberapa lokasi terbaik yang patut kamu kunjungi pada musim luruh dan paling penting instagrammable. Confirm tak menyesal!

Nara Park 

Pencinta haiwan wajib pergi ke Taman Nara! Di sini kamu boleh lihat banyak rusa yang akan mendekati kamu dengan manja. Psst… Sebenarnya mereka hanya mahukan biskut kamu tau!

Foto – Pinterest

Port instagrammable yang best untuk kamu tangkap gambar adalah di sekitar Kuil Todai-ji dan kolam Daibutsu-Ike.

Minoo Park 

Foto – Pinterest

Bebas daripada kehadiran orang ramai, Taman Minoo yang terletak di Osaka ini sangat disyorkan untuk dikunjungi pada waktu ini. Selain nikmati air terjun Minoo, dan warna musim luruh yang cantik, kamu juga boleh nikmati tempura momiji iaitu daun maple yang digoreng.

IKLAN

Gunung Gozaisho 

Foto – Pinterest

Sesuai untuk mereka yang tidak takut berada di tempat tinggi, lihat musim luruh yang menakjubkan di Jepun dari pandangan atas pula. Naik Gozaisho Ropeway dan nikmati pemandangan musim luruh yang berona emas, auburn dan zamrud di seluruh gunung ini.

Watarase Keikoku Railway 

Sangat romantik! Kereta api Watarase Keikoku yang berjalan di antara Kiryu (Gunna) dan Nikko (Tochigi) ini menawarkan perjalanan yang menakjubkan selama 80 minit.

Foto – Pinterest

Buka mata luas-luas untuk lihat Takatsudokyo Gorge, laluan di lembah yang mengelilingi hutan hujan ambar, kereta api lembah Watarase, gaung Takatsudokya dan taman bunga Ashikaga.

Daisetsuzan National Park 

Foto – Pinterest

Wajib dikunjungi oleh pelancong yang meminat sukan lasak seperti mendaki, Taman Negara Daisetsuzan ini mempunyai gaun yang dikelilingi tebing setinggi 100 meter. Bila mendaki di sini, kamu pasti akan terpaku dengan keindahan air terjun dan warna-warna musim luruh di sekitarnya!

Happy holiday semua!

Tags: musim gugur jepunport instagrammable jepuntempat best di jepun
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Musim Gugur Di Jepun, Lokasi Instagrammable Ini Yang Patut Kamu Kunjung!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.