Bila bicara bab rutin penjagaan wajah, setiap orang ada cara mereka yang tersendiri. Mungkin cara si Ema lebih rumit nak dibandingkan dengan cara si Daniel, yang pasti tidak ada cara yang salah. Asal menggunakan produk yang betul mengikut kesesuaian kulit.
Entry kali ini, penulis nak kongsikan rutin yang penulis lakukan setiap hari bagi mendapatkan kulit bersih berseri (kulit yang lembap dan glowing sihat). Rutin ini sesuai untuk individu yang miliki kulit jenis berminyak dan berjerawat.
Jom kita mulakan perjalanan untuk mendapatkan kulit flawless dan glowing.
Walaupun kamu malas dan penat, tapi jangan sesekali lupa untuk menanggalkan solekan selepas seharian. Di sini, DIVA menggunakan produk magik Bioderma Sensibio H20 Micellar Water. Sensibio H20 membersihkan muka secara mendalam pada waktu pagi dan petang, sekaligus menghalang bahan pencemar yang mungkin memburukkan sensitiviti kulit daripada menembusi kulit.
- Foto – Bioderma
Untuk pembersihan pula, penulis tak mungkin cari yang lain, hanya Low pH Morning Gel dari CosRx berfungsi dengan baik untuk kulit. Seperti yang dimaklumkan, kulit sensitif dan mudah untuk berjerawat adakalanya melecehkan dalam mencari cleanser yang sesuai.
Jadi kali pertama penulis tertawan dengan tekstur gel yang lutsinar pada produk ini. Ia sedikit berbau tea tree, tapi tidak terlalu kuat dan berlarutan. Semuanya kerana kandungan bahan yang mesra kulit sensitif, jadi ia sangat ringan pada kulit.
- Foto – Cosrx
Tea Tree Oil adalah antiseptik hebat dan boleh melegakan serta merawat jerawat manakala Betaine Salicylate ialah pengelupasan kimia semula jadi yang mengekalkan pori-pori, bebas daripada sel-sel kulit mati yang tersembunyi di dalam dinding liang pori.
Next, ada sesiapa di sini yang pernah menggunakan Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA (Salicylic Acid) Liquid? Kongsikan pengalaman dengan DIVA. Baiklah, apa yang bagus sangat tentang produk ini?
- Foto – Paula’s Choice
Produk pengelupasan yang lembut ini menanggalkan sel-sel kulit lama pada permukaan kulit dan di dalam liang, mengurangkan penampilan kedutan, memperbaiki warna kulit untuk kulit yang licin, cerah dan tegang. Kamu akan melihat hasil pada kali pertama kamu menggunakannya.
IKLAN
Semua jenis kulit boleh menggunakan produk ini, tetapi teksturnya amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal hingga berminyak atau kombinasi, bintik hitam degil dan kulit yang mudah berjerawat.
Seterusnya, penulis menggunakan CosRx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence. Produk yang membuatkan penulis ‘love at first sight’ bila menggunakannya. Terlalu bagus dan sekarang penulis faham kenapa hype di media sosial.
- Foto – Cosrx
Ya, siapa sangka lendir siput boleh memberi perubahan ketara pada kulit wajah. CosRx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence ialah pati ringan yang memberikan penghidratan berpanjangan, membantu meningkatkan keanjalan kulit, menenangkan kulit sensitif dan banyak lagi. Ia padat dengan penapisan rembesan siput 96% dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Selepas esen, penulis beralih pula pada Beauty Of Joseon Glow Serum. Serum ini memberikan apa yang penulis mahu pada kulit. Bersih, lembut, lembap dan kesan glowing. BOJ Glow Serum disarankan untuk kulit bermasalah macam penulis ini kerana kandungan bahan niacinamide dan propolis.
- Foto – Beauty of Joseon
Propolis membantu menenangkan dan meningkatkan gantian sel bagi menyembuhkan kulit yang bermasalah. Niacinamide pula mencerahkan dan menghidupkan semula kulit, kunyit kaya dengan antioksidan memerangi kerosakan radikal bebas untuk memastikna kulit sihat, gebu dan cerah.
Untuk melembapkan kulit, penulis menggunakan Cerave Moisturizing Cream. Kita sedia maklum, saharian di luar menyebabkan kulit terdedah kepada bahan pencemar, dan ia akan menjejaskan skin barrier, maka timbullah breakout yang tidak diingini.
- Foto – Cerave
Cerave Moisturising Cream, krim pelembap dengan hyaluronic acid dan 3 ceramide penting ini berfungsi bersama untuk mengunci kelembapan kulit dan membantu memulihkan penghalang pelindung kulit.
Tadaaa… Eh, jangan lupa krim mata sekali. Selamat beramal!