Orang kata “beauty is pain”…
Ramai yang mahukan efek glowing dan flawless dalam sekelip mata. Dan salah satu cara untuk dapatkan efek tersebut adalah teknik sulam bedak (atau BB Glow) yang tular semula di TikTok.
Sama fungsi seperti pakai foundation atau BB Cream setiap hari, sulam bedak ini hanya perlukan kamu untuk ‘tatu’ foundation ke dalam kulit. Yang bestnya foundation tak perlu dipakai setiap hari, malah kamu dapat kesan ‘makeup ready face’ setiap masa tau!
Walaupun trend ini menjimatkan masa dan wang, tetapi tak bahaya ke? Nak tahu jawapannya, baca perkongsian doktor dermatologi berikut;
‘Tatu’ foundation atau BB Cream hanya sekali saja
Menggunakan Micro Needle Theraphy System Derma Rolling, teknik ini fungsinya untuk menyamarkan cela di wajah; hiperpigmentasi, kemerahan, lingkaran hitam, pori, parut dan banyak lagi.
@glamandglowph Get your glow on now ✨✨✨ #glamandglowph #bbglowph #glamandglowuae #bbglowdubai #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypp
Hanya perlu lakukan sekali, kesannya adalah separa kekal dan tak perlu top-up dengan kerap.
Disebabkan kita guna kaedah ‘tatu’, sulam bedak ini tak akan hilang walaupun kamu mencuci wajah berulang kali, mandi atau berpeluh.
Memang best, tapi doktor dermatologi pula kata ini…
Berdasarkan Doktor Arthur, SpKK, FINSDV, di TikTok berkongsikan teknik sulam bedak ini dari segi tujuan dan kaedah rawatannya.
@dokterkulitkucom Masih ngehitz ga sih ginian? aku sungguhan nanya #edukasikesehatan
♬ original sound – dr.Arthur,SpKK | dokterkulitku – dr.Arthur,SpKK | dokterkulitku
Katanya sulam bedak ini merupakan tatu tetapi ianya tidak dilakukan terlalu dalam seperti tatu yang kebiasaannya. Tujuan sulam bedak ini dilakukan adalah untuk menutup cela di wajah seperti bekas jerawat, parut, bintik hitam dan banyak lagi.
Walaupun sulam bedak beri kesan yang segera, tetapi doktor ini mendedahkan ramai yang alami kesan sampingan yang buruk. Ada yang alami alahan, jerawat makin muncul dengan banyak dan kulit makin rosak. Bukan itu sahaja, sulam bedak boleh juga akibatkan kesan seperti:
- Penggunaan micro needle secara berulang boleh mendedahkan pengguna pada HIV atau cross-contamination Hepatitis B/C.
- Menyebabkan kerosakan sel kulit wajah, alergik yang teruk dan paling berisiko adalah kanser kulit.
- Sulam bedak tinggalkan pigmen di bawah kulit secara kekal dan ianya mengandungi lebih 40 bahan kimia (yang mungkin berbahaya untuk jangka masa panjang).
Kalau kamu sendiri, nak cuba tak teknik sulam bedak ini?