Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Signature Market Rai Bulan Kesedaran Kanser Payudara Dengan Lelongan Amal

by Lisa AG
October 4, 2022
Foto - Signature Market

Foto - Signature Market

9
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bulan Oktober merupakan bulan kesedaran kanser payudara, dan kebanyakan jenama mengambil inisiatif memperingati bulan penuh bermakna itu.

Signature Market tidak terkecuali, menganjurkan bengkel amal dengan kehadiran selebriti yang akan mengambil bahagian dalam sesi melukis pada 5 Oktober 2022, Rabu , mulai jam 12 tengahari hingga 3 petang di See Café, Arcoris Mont Kiara.

Lelongan Lukisan Amal

Meraikan bulan kesedaran Kanser Payudara atau juga dikenali sebagai Pink October, Signature Market akan mengadakan lelongan lukisan dalam talian dan hasilnya disalurkan kepada organisasi yang terpilih.

Beberapa selebriti yang akan menghadiri acara ini termasuk Atilia Haron, penyanyi dan pengajar yoga Anabelle Co-Martinent, Pengasas La Juiceri Azzura Daud, model dan penyanyi Goh Liu Ying, Pemain Badminton Kebangsaan dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, acara amal ‘Together In Pink’ ini turut mengalu-alukan pelanggan meraikan bulan tersebut dengan pelbagai aktiviti menarik.

IKLAN

Foto – Signature Market

Acara ini akan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2022 (Jumaat dan Sabtu) dari jam 10 pagi hingga 2 petang juga di See Café, Arcoris Mont Kiara. Tetamu diminta tampil dengan pakaian bertemakan warna merah jambu.

Sambil Membeli, Kenali Tubuh Badan

Di ‘Together In Pink’, tetamu boleh menikmati mocktail ‘Pretty In Pink’ dan mengambil bahagian dalam peraduan ‘Draw Your Tatas’, bertujuan untuk membantu individu memahami dan membiasakan diri dengan tubuh mereka.

Malah, Signature Market akan melancarkan kotak hadiah eksklusif selari dengan tema ‘Together In Pink’. Kotak yang dijual pada harga RM39.90 itu mengandungi barangan termasuk krim tangan, makanan ringan seperti popcorn, kranberi dan biskut mentega, serta set pen pewarna.

Foto – Signature Market

Cancer Research Malaysia turut mengadakan sesi perkongsian singkat untuk mendidik wanita dalam mengenali tanda-tanda awal kanser payudara. Terdapat juga pameran lukisan, di mana tetamu boleh melihat lukisan-lukisan menarik bersama pelukisnya dan menyertai lelongan amal dalam talian.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila ikuti Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman web rasm.

Tags: bulan kesedaran kanser payudarasignature market
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Signature Market Rai Bulan Kesedaran Kanser Payudara Dengan Lelongan Amal

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.