“Little Women” mengisahkan tiga beradik perempuan yang miskin; terlibat dalam kes kehilangan wang sebanyak 70 bilion won dan bagaimana mereka menghadapi keluarga terkaya di Korea Selatan.
Dibintangi oleh Kim Go Eun dan Nam Ji Hyun; drama ini berjaya membuatkan penonton tertanya-tanya dan ingin menyelesaikan teka-teki di setiap episod.
Bukan sahaja hint orkid biru, kasut tinggi hitam dengan perincian kristal yang dipakai oleh Kim Go Eun turut menimbulkan tanda tanya. Selain mencari jawapan di sebalik kasut tinggi tersebut, reka bentuk kasut itu membuatkan ramai yang tertarik dengannya.
Digembar-gemburkan sebagai kasut termahal di dunia, ada beberapa fakta menarik yang mahu DIVA kongsikan dengan kamu mengenai kasut tinggi ini. Baca di bawah;
Pertama sekali, kasut tinggi ini bukan jenama Bruno Zumino
Dalam episod 2, kasut tinggi hitam milik Choo Ja Hyun yang dipakai oleh Go Eun ini dikatakan daripada jenama Bruno Zumino. Tetapi jenama tersebut adalah rekaan semata-mata.
- Foto – Cosmo.ph
Sebenarnya kasut tinggi tersebut berasal daripada jenama Jimmy Choo. Nama kasut tinggi itu pula Latte Nappa Pumps With Crystal Embellishment. [BELI SINI]
Harganya pula taklah semahal dalam drama “Little Women”
Kasut tinggi dengan rantaian kristal di bahagian hadapan tersebut dikatakan sangat mahal dan harganya pula mencecah lebih 4 juta won (anggarran RM 12,944.20).
The way we thought Joongki's gonna appear as Goeun's ex husband but instead he played a salesman of a heels of an Italian brand 😭 #LittleWomen #LittleWomenEp2pic.twitter.com/S9ASnoycOv
— kath (@kdramatreats) September 4, 2022
Manakala di dunia sebenar, kasut Jimmy Choo itu hanya dijual pada harga sekitar RM 3,881.26 sahaja; 3.34% lebih murah daripada dalam drama tersebut.
Kasut tinggi ini tersedia lebih daripada 3 pasang!
Ketika Go Eun memakai kasut tinggi ini dalam sebuah kedai kasut, jurujual (Song Joong Ki) menyatakan kasut itu hanya dikeluarkan sebanyak 3 pasang.
- Foto – Jimmy Choo
Tetapi kasut tinggi ini tersedia lebih daripada 3 pasang. Bukan itu sahaja, kasut tinggi ini juga boleh didapati dalam putih. [LIHAT SINI]
Ada tak yang ‘tertipu’ macam DIVA?