Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Edisi Pink October: Jenis Bra Ini Tidak Elok Untuk Kesihatan Payudara

by Lisa AG
October 3, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

36
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Beli bra boleh jadi rumit jika kamu tak tahu setiap perbezaannya. Push-up, strapless, sport bra, sticky bra antara jenis-jenis bra yang dijual di pasaran. Setiap satu punya kelebihan dan fungsi masing-masing.

Dipetik dari Brightside, hampir 80% wanita memakai bra yang salah menurut bancian tahun 2008, malah sehingga ke hari ini ada wanita yang tidak tahu cara memilih dan mengukur bra di badan. Sekiranya kamu bingung mengenai ukuran, bayangkan betapa bingungnya mengetahui bentuk, sokongan dan keselesaan yang diperlukan untuk bra.

Jadi, di sini ada beberapa jenis bra yang dijual di luar sana sebenarnya tidak elok untuk payudara dan keseluruhan tahap kesihatan kamu.

Zero Support Bra

Foto – Pinterest

Bra yang betul dan mempunyai sokongan yang baik akan menahan sakit leher dan bahagian belakang badan. Payudara kamu mempunyai berat badan sendiri, dan jika tidak disokong dengan bra yang sesuai, maka otot leher dan punggung terpaksa bekerja lebih untuk menampung.

Bra Yang Tak Fit

Bra harus fit dengan betul, jika tidak, kamu boleh mengalami reaksi kulit atau masalah kesihatan. Sekiranya bra terlalu besar, maka geseran antara kain dan kulit boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Itu menyebabkan ketidakselesaan bila memakai bra.

IKLAN

Foto – Lingerie

Bila memakai bra yang terlalu kecil sampaikan ketat boleh merengsakan kulit atau menjadi lebih teruk. Beberapa penyelidikan berkata bra ketat berkait rapat dengan risiko peredaran darah yang lemah dan kanser payudara. Cuba elakkan perkara ini.

Bra Kain Sintetik

Foto – Pinterest

Oleh kerana payudara kamu adalah satu satu bahagian tubuh yang paling sensitif, kamu harus perhatikan material bra. Material jenis kapas mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan untuk pergerakan harian, jadi campurkan dengan kain sintetik untuk membantu menyesuaikan diri dengan rutin harian kamu seperti spandeks.

Sticky Bra

Sticky bra merupakan bra yang melekat pada payudara dengan bantuan gam. Bahan kimia tersebut tidak boleh bersentuhan dengan kulit kamu. Kerana sangat ketat, ia tidak memberi kulit anda peluang untuk bernafas.

Foto – Pinterest

Lebih teruk jika kamu mempunyai kulit sensitif kerana gam, peluh, dan sesak nafas boleh menyebabkan kulit kamu gatal dan timbulnya ruam.

Ingat, beli bra, sila pilih yang betul-betul berkualiti dan sedap bila dipakai. Jangan setakat cantik tapi tidak menyokong payudara dengan selesa.

Tags: breast cancerjenis brakanser payudara
Share14SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Edisi Pink October: Jenis Bra Ini Tidak Elok Untuk Kesihatan Payudara

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.