Pereka yang terkenal dan artis berwawasan yang luar biasa, Serge Lutens meraikan wangian yang kini berada di Malaysia.
Serge Lutens, seorang pereka luar biasa legenda dan artis berwawasan yang terkenal dengan cintanya terhadap semua bentuk kecantikan, telah membawa banyak revolusi dalam dunia kecantikan dan minyak wangi. Perkara itu membawa beliau kepada penciptaan wangian ‘Serge Lutens’ yang kini boleh didapati di Malaysia.
- Foto – Serge Lutens
Wangian Serge Lutens terkenal denna kecantikan, tarikan hitam dan gelap, diselubungi misteri dan emosi, kini telah dilancarkan di stor pertama yang terletak di Sogo KL. Menjelmakan ekspresi hitam dan gelap wangian Serge Lutens, stor Serge Lutens direka bentuk dan disusun untuk membangkitkan daya tarikan yang gelap, menarik dan misteri.
Keunikan Serge Lutens terletak pada penciptaan wangian menerusi pengembaraan perjalanannya dalam memperkenalkan bahan-bahan semula jadi, bersama-sama cara memasang dan menggunakan wangian untuk majlis yang berbeza. Antara signature Serge Lutens yang mesti kamu miliki adalah Feminité du Bois, Ambre Sultan dan La Fille De Berlin.
- Foto – Serge Lutens
Wangian Serge Lutens berharga dari RM 575 hingga RM 1400.00 dan boleh didapati di Sogo KL dan Amaris KLCC. Kamu juga boleh dapatkan secara online di www.amarisbeauty.my.
Dah beli jangan lupa tag DIVA, dan kongsikan bau wangian Serge Lutens yang ikonik ini.!