Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Tuah Minimalis Gadis Sweden, Matilda Djerf Jadi Rujukan Fesyen Semasa

by Indah Aziz
October 2, 2022
13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Semakin popular di TikTok dan Instagram, gadis asal Sweden ini mula memecahkan gaya pop fesyen neutral dan klasik retro dikalangan anak muda.

Baru sahaja menginjak usia 25 tahun, Matilda Djerf dan teman lelakinya telah membuka perniagaan fesyen Djerf Avenue. Yakni satu butik pakaian yang mengekalkan gaya asas, minimalis dan estetika warna-warna neutral.

Foto – Pinterest

Bermula dari perkongsian vlog di Youtube pada tahun 2016, nama Matilda mula jadi bualan sehinggalah gaya rambutnya tular di laman TikTok pada awal tahun lalu. Penampilan gadis jelita ini cukup unik dan membawa satu karakter yang tenang, retro dan pada masa yang sama kekal future.

Kini, dia berjaya mengumpul lebih dari 2.2 juta pengikut di Instagram. Rata-rata penuh dengan gaya OOTD yang sudah tentu menjadi rujukan ramai. Dengar kata, adik Neelofa, Ameera Khan turut mengikuti gaya fesyen Matilda! Kenyataan ini diambil dari sesi temubual Ameera Khan bersama Harper’s Bazaar Malaysia.

Foto – Pinterest

Pernah menetap di California ketika zaman kanak-kanak membuatkan Matilda fasih berbahasa Inggeris dengan loghat Amerika. Jadi Matilda memang tidak kekok berbicara didalam kamera dan sungguh rajin berkongsi apa jua tips kecantikan dan fesyen.

Biarpun hanya tinggal di pekan kecil sekitar Stockholm, label Djerf Avenue yang dimiliki Matilda dan teman lelaki kian menjana keuntungan berlipat kali ganda. Menurut The New York Times, Djerf Avenue menjangkakan bakal menerima hasil jualan sebanyak $22 juta pada tahun 2022!

Foto – The New York Times

DIVA suka dengan pembawakan Matilda Djerf. Popular kerana bakat dan kesungguhan bukan semata kontroversi atau atas pengaruh keluarga.

FILED UNDER fesyen matilda djerframbut matilda djerfsiapa matilda djerf
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.