Terdapat banyak cara untuk membuang bulu ketiak mengikut pilihan masing-masing. Ada yang yang sanggup berhabis wang ringgit ke salon untuk waxing setiap minggu atau menggunakan teknik laser untuk mematikan terus bulu ketiak.
Namun alternatif murah dan boleh dilakukan sendiri ialah mencukur atau mencabut. Walaubagaimanapun, DIVA tolak cadangan mencukur bulu ketiak. Ini kerana aktiviti mencukur boleh menyebabkan risiko kepada kulit seperti luka dan kegatalan.
Jadi, DIVA setuju mencabut bulu ketiak adalah lebih baik. Biarpun ia mengambil masa dan memenatkan. Tapi mencabut boleh beri rasa sensasi yang puas bila menarik bulu!
Buat anda yang gemar cabut bulu ketiak, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk penjagaan kebersihan ketiak lebih efektif.
#1 Jangan cabut terlalu awal
Sebaiknya tunggu dahulu bulu tumbuh setengah inci untuk mencabut. Jika anda cabut terlalu awal atau ketika bulu masih pendek. Ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Bahkan bulu yang lebih panjang lagi mudah untuk ditarik. Biasanya bulu ketiak boleh dicabut setiap 4 minggu sekali.
IKLAN
#2 Serius, tak sakit!
Ramai yang anggap cabut bulu ketiak menyakitkan. Sebenarnya waxing, cukur dan laser lagi sakit berbanding mencabut. Okay, DIVA tak tipu mula-mula memang akan rasa sakit sedikit, tapi lama-kelamaan pain sensor anda akan mulai faham.
#3 Cabut bulu ketiak selepas mandi
Kalau ingin lebih selesa, anda boleh cabut bulu ketiak selepas mandi. Lagi bagus selepas mandian hangat kerana folikel bulu terbuka dan mengurangkan rasa sakit.
#4 Cara elak ‘ingrown hairs’
Aktiviti mencabut tetap tak boleh elak dari pertumbuhan ingrown hairs. Namun anda boleh kurangkan risiko ini dengan mencabut bulu mengikut arah bulu tumbuh. Elakkan mencabut bulu dari arah bertentangan, ini akan menyebabkan folikel tumbuh bulu dari dalam.
#5 Bulu tumbuh lebih lambat
Salah satu kelebihan mencabut bulu ketiak, bulu akan tumbuh lebih lambat. Tapi ia tidak akan berkurang, sama juga seperti waxing kerana ia mencabut bulu dari akar.
Selamat beramal!