Daripada bang nipis, tebal hingga ke zig zag; selebriti ini berjaya buktikan gaya rambut bang boleh tukarkan penampilan menjadi lebih fresh dan trendy!
Buat kamu tercari-cari stail rambut yang baru, apa kata kamu cuba beberapa jenis rambut bang selebriti berikut. Jadikan sebagai rujukan apabila berkunjung ke salon nanti okay?
- Foto – Elle
#1 Signature BLACKPINK Lisa, gaya rambut bang jenis ini menampilkan potongan yang nipis tetapi tidak terlalu jarang sangat. Panjang bang pula melebihi paras kening sedikit. Gaya rambut jenis ini buatkan mata kamu lebih terserlah dan menarik tau!
- Foto – @darth_bador (IG)
#2 Kalau nak nampak sedikit edgy, rambut bang boleh dipotong paras dahi atau atas sedikit dari kening seperti model Emily Bador.
IKLAN
- Foto – @@lillycollin (IG)
#3 Manakala rambut bang seperti Lily Collins pula, kamu boleh minta hairstylist untuk buatkan see-through bang dan potongan layer di sekitar wajah. Barulah nampak manis saja.
- Foto – @chrisappleton1 (IG)
#4 Kylie Jenner pula pernah tampil dalam rambut bang di mana rambutnya itu dibuat high bun dengan side bang. Sangat elegan dan berkarisma!
- Foto – @nicolaannepeltzbeckham (IG)
#5 Kalau mahukan look yang nampak muda dan sweet, kamu boleh cuba buat bang seperti Nicola Peltz Beckham; bahagian depan dipotong zig zag pada paras kening.
Barulah nampak lebih segar dan lain kan?