Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Suka Stalk Orang Yang Kamu Benci? Kenali Aktiviti ‘Hate-Stalking’…

by Indah Aziz
October 1, 2022
Foto - Healthline

Foto - Healthline

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baik mengaku, pernah jer kan stalk orang yang kamu menyampah?

Sebenarnya aktiviti stalk bukan lagi perkara pelik, lebih lagi dunia sekarang semuanya bergantung pada media sosial. Apa sahaja yang ingin dicari, mesti melalui aplikasi media sosial yang berkejar-kejar rating.

Cuma apa yang sedikit aneh, bila kita mula asyik stalk pada akaun atau orang yang kita tak suka. Kenal atau tidak pada orang itu nombor dua. Paling penting kita menyampah tapi seakan tak boleh tinggal untuk mengetahui perkembangan terbaru dari persona tersebut.

Foto – Daily Mail

Aktiviti stalk begini digelar sebagai hate-stalking. Ia seolah-olah melihat filem atau drama yang tak menarik, namun berjaya juga tonton sampai habis!

Kenapa agaknya kita hate-stalking? 

Pertama sekali sudah menjadi lumrah manusia untuk ada perasaan suka dan benci. Begitu juga cara untuk menzahirkan dua perasaan ini turut berbeza-beza dari setiap orang. Mungkin ada yang sudah benci, tapi tinggalkan. Namun ada pula yang benci, tak suka, menyampah bagaimanapun masih ingin mengambil tahu.

Tapi kenapa pula?

Media sosial boleh menjadi satu platform untuk kita berinspirasi. Kita juga tak boleh lari melihat sesiapa sahaja disana untuk dijadikan inspirasi, pengajaran dan teladan. Apa yang DIVA faham daripada hate-stalking kita cuba memahami perkara, personaliti dan identiti dari individu tersebut. Perbezaan membuatkan kita ada rasa sifat ingin tahu yang lebih kuat.

Seperti petikan kata-kata Pahlawan China, Sun Tze, “untuk mengenali musuh kamu, kamu harus menjadi musuh kamu.”

Bahaya ke hate-stalking?

Pada pendapat DIVA, apa-apa perkara yang melibatkan media sosial jika diguna secara berlebih boleh mendatangkan mudarat. Terlalu kerap stalk boleh memberi kesan tidak baik pada kesihatan mental. Malah, berkemungkinan ia boleh menjadi kes buli siber.

Jadi kalau rasa nak stalk orang berpada-padalah. Sekadar hanya melihat, dan lepaskan reaksi anda secara sendiri. Jangan sesekali tinggalkan komen atau kongsi pula untuk mendatangkan kebencian pada pengguna lain.

Foto – Boston

Kesimpulannya, mengambil tahu perkara atau individu yang kita tidak suka bukan bermula dari zaman media sosial lagi. Dulu-dulu pun masa ada surat khabar sahaja, berebut juga nak tahu perkembangan selebriti yang kita tak minat. Betul tak?

Nasihat DIVA, kurangkan hate-stalking dan pandanglah ke cermin untuk menilai diri kita pula. Entah-entah kita pun jadi mangsa hate-stalk tanpa kita sedari!

Selamat beramal dan jaga diri.

Tags: hate stalkingjenis stalksuka stalk
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Suka Stalk Orang Yang Kamu Benci? Kenali Aktiviti ‘Hate-Stalking’…

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.