Kecewa betul kalau rambut asyik mengerbang dan kusut-masai biarpun telah didandan cantik. Terutamanya kalau nak achieve rambut yang lurus, tersusun dan paling penting bersinar-sinar.
Iyalah sekali-sekala nak ubah juga gaya rambut bukan?
Krim pelurus rambut boleh bantu anda untuk mengekalkan tekstur rambut sementara. Ia boleh dipakai sepanjang hari dan tidaklah merosakkan rambut.
Mari DIVA kenalkan produk krim pelurus rambut yang terbaik!
#1 Giovanni Straight Fast Straightening Elixir 200ml [RM70]
Ia bukan sahaja meluruskan rambut tapi menambah juga kelembapan dan rambut kelihatan lebih bersinar. Malah produk ini juga melindungi rambut kerosakan dari heat wave seperti rebonding dan pengering rambut. Sesuai untuk semua jenis rambut, dimana ia meredakan kekusutan rambut, mengurangkan bentuk kerinting dan sekaligus merapikan rambut. Ia boleh disapu terus pada rambut selepas rambut kering.
#2 Wella Straight Hair Straightening Cream 100ml [RM24.90]
Antara produk pelurus rambut yang paling popular di pasaran! Ia lengkap dengan dua krim untuk langkah yang berbeza. Malah anda juga boleh memilih krim mengikut kesesuaian rambut iaitu untuk rambut normal/tegap atau berwarna/sensitif. Rata-rata ulasan dari pengguna produk Wella cukup berpuas hati dengan hasil rambut. Krim Wella ini perlu digunakan secara teliti dan mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ingat ia bukan krim dipakai terus tau!
#3 Loreal Professional Xtenso Oleoshape Oil Trio Smoothing Rebonding Cream for Extra Resistant Hair (EX) 400ml [RM82]
Proses meluruskan rambut lebih cepat dan mudah dengan krim khas dari jenama L’Oreal ini. Ia mampu beri hasil seolah seperti rambut siap rebonding di salon. Bahkan bahan dalam krim ini juga boleh menguatkan rambut dan menghasilkan kilatan rambut yang sempurna. Idea DIVA lakukan proses pada hujung minggu, kemudian anda boleh gayakan rambut lurus sepanjang minggu seterusnya tanpa guna blow dry lagi.
#4 LUCIDO-L Designing Pump Hair Milk Smooth Straight 200ml [RM18.90]
Nak hilangkan tekstur bergulung bawah rambut yang degil? Anda boleh dapatkan krim rambut pantas dari Lucido-L. Formulasi cecair ini tidak meninggalkan rasa melekit, bahkan memberi hidrat pada rambut untuk kekal bermaya. Ia juga mampu melembutkan rambut untuk anda mudah gayakan rambut lurus dan tegak. Cara pakai pun mudah, selesai sahaja keringkan rambut. Anda boleh sapu rata pada rambut dan sikat kemas. Serius menjadi!
Dah tak usah pening lagi nak rambut lurus. Anda boleh buat dari rumah sahaja menggunakan produk-produk diatas. Selamat mencuba!