Mungkin kedengaran macam senaman basikal yang tengah popular sekarang ini. Tetapi ia sebenarnya adalah rutin skincare yang hanya diberi nama ‘skin cycling’ sahaja. Rutin ini memberi rehat dan memulihkan kulit wajah dengan meminimumkan penggunaan produk skincare di wajah.
Apa yang kamu perlukan adalah jadual skincare secara harian. Jadual ini untuk optimumkan produk yang digunakan sambil elak daripada kulit jadi kering dan merengsa.
Skin cycling ini adalah kaedah yang kamu perlu gunakan produk skincare tertentu untuk hari-hari tertentu sahaja. Dan bukannya guna semuanya sekaligus setiap hari.
Prosesnya agak mudah untuk dilakukan dan jika kamu baru dalam trend ini, kamu hanya perlu lakukan kitaran empat malam ini sahaja;
Malam 1 – Exfoliate
Bersihkan wajah dengan pencuci wajah pilihan kamu. Kemudian gunakan chemical exfoliate seperti serum yang mengandungi alpha-acid atau beta-hydroxy acid untuk bersihkan pori dan buang kulit mati dan kusam.
- Foto – Pinterest
Elak guna physical exfoliate seperti skrub kerana kulit akan jadi keradangan dan merengsa.
Selepas daripada exfoliate wajah, kunci semuanya dengan pelembap sebelum kamu tidur.
Malam 2 – Retinoid
Retinoid membantu mempercepatkan gantian sel kulit, merawat jerawat, pudarkan hiperpigmentasi dan parut, serta kurangkan garis halus dan kedutan.
Sama seperti malam 1, bersihkan kulit wajah dan pastikan kering 100% sebelum guna retinoid. Kemudian, sapukan sedikit retinoid di bahagian kawasan sensitif seperti bawah mata, sudut mulut, pangkal lubang hidung dan leher.
- Foto – Pinterest
Selepas itu, lakukan teknik ‘sandwich’ di mana kamu lapiskan retinoid tersebut dengan pelembap. Tujuannya adalah untuk kurangkan pengelupasan dan kekeringan.
IKLAN
Malam 3 & 4 – Pemulihan
Untuk malam ketiga dan keempat pula, kamu perlu fokus pada fasa pemulihan. Di mana kamu hanya perlu bersihkan wajah, guna mana-mana serum penghidratan atau pelembap yang tidak mengandungi bahan aktif.
- Foto – Pinterest
Paling penting, pakai produk tanpa wangian yang mempunyai bahan tambahan seperti hyaluronic acid, glicerin dan ceramide.
Kenapa ada ahli dermatologi syorkan kaedah ini?
Untuk pengetahuan kamu, skin cycling ini sebenarnya telah diamalkan oleh ahli dermatologi dan mereka yang profesional sejak dulu lagi. Kaedah sangat disyorkan kerana ia memberikan wajah kamu peluang untuk sembuh di antara rawatan.
@drwhitneybowe Skin cycling for beginners: how to get started. And how to layer with Bowe Glowe #skincycling #thatboweglow #dermatologist #skintok
Rutin skin cycling ini boleh dikatakan bagus untuk semua orang (terutamanya si jerawat), tetapi ada beberapa orang yang perlu berhati-hati dan tidak patut amalkan rutin ini.
“Mereka yang berkulit kering perlu ambil berat tentang ‘kekuatan’ chemical exfoliate mereka. Kalau terlalu kuat, guna hanya sekali seminggu atau dua minggu.
Kalau rasakan terlalu banyak guna produk dalam masa sehari dan tiada kesannya, cuba beralih pada teknik ini pula!