Seronok sangat melihat selebriti Malaysia ‘berkampung’ di Milan bersempena dengan Minggu Fesyen bagi musim bunga/panas 2023. Dan apa yang lebih mengujakan dan buat ramai tertunggu adalah fesyen yang dikenakan oleh selebriti Malaysia!
Selain daripada Daiyan Trisha, Hael Husaini dan ramai lagi, memang tak dinafikan DIVA sangat tertarik dengan pilihan fesyen Scha Alyahya. Si fesyenista ini sentiasa tampil on point dengan gayanya, malah bagilah apa sahaja padanya semua akan nampak terletak elok!
Lihat di bawah;
BRUNELLO CUCINELL
View this post on Instagram
Untuk pertunjukan fesyen yang pertama, Scha telah memilih sut daripada Brunello Cucinell. Walaupun nampak ringkas, penampilannya itu menjadi on point dengan sentuhan kerongsang bunga di dada kirinya. Cantik sangat!
ONITSUKA TIGER
View this post on Instagram
Sangat elegan dengan dress hitam yang dipadukan bersama stokin renda dalam rona yang sama. Penampilannya itu dilengkapkan dengan sineakers dalam rona menyerlah.
MOSCHINO
Serba hitam untuk Moschino, apa yang dipakai oleh Scha untuk jenama ini adalah single breasted coat yang diperincikan dengan sulaman kristal berbentuk bunga di sekitar dada dan butang kot.
View this post on Instagram
Bahagian bawah pula, Scha memilih untuk memakai slit skirt berbentuk duyung.
EMPORIO ARMANI
View this post on Instagram
IKLAN
Paling manis! Scha tampil dalam single breasted coat dan seluar dalam rona kelabu. Fabrik kainnya berkemungkinan adalah tweed.
MSGM
Untuk jenama MSGM pula, Scha telah menggunakan teknik mix and match di mana dia telah mengenakan sweater grafik berona oren terang.
View this post on Instagram
Kemudian dipadankan pula dengan kemeja kotak berona hijau dengan pleated skirt dalam rona yang sama. Tidak ketinggalan but coklat, beg bahunya dan juga kaca mata hitam.
BOSS
View this post on Instagram
Tampil ringkas tetapi masih lagi bergaya, Scha mengenakan full set suit dalam rona lilac. Untuk bahagian dalamnya pula, dia memakai t-shirt yang menunjukkan logo ‘BOSS’ di bahagian dadanya.
BULGARI
Semasa pertunjukan fesyen untuk Bulgari, Scha kenakan sut rona navy blue daripada Fendi. Sut tersebut dipadankan dengan but rona mustard yang menyerlah, beg tangan bersaiz mini dan kaca mata.
View this post on Instagram
Look kedua pula Scha telah gayakan skirt potongan duyung dalam rona hitam pekat dan one shoulder top berona putih klasik. Rambutnya pula dibuat low bun dan disisir rapat ke belakang.
Dalam banyak-banyak look Scha, DIVA paling suka look ketika pertunjukan fesyen Moschino!