Kalau dulu trend K-Beauty yang tular adalah snail mucin iaitu lendir semula jadi daripada siput. Dan kini sperma salmon pula yang jadi trending!
Selebriti seperti Doja Cat, Kim Go-Eun, Joo Hyung dan ramai lagi mula gunakan produk kecantikan seperti KAHI Multibalm Sticks yang mempunyai sperma salmon.
Gunakan sperma salmon di atas wajah mungkin kedengaran agak menjijikkan. Tetapi berdasarkan penyelidikan dilakukan oleh saintis, sperma salmon ini ada banyak kesan baiknya pada wajah. Malah ianya adalah bahan kecantikan yang paling berkesan berbanding yang lain.
DIVA yakin ramai yang mempunyai pelbagai soalan mengenai sperma salmon ini. Baca perkongsian di bawah…
Bagaimana sperma salmon berfungsi?
Geli rasanya bila bayangkan sperma salmon dilumurkan di atas wajah. Tetapi menerusi penyelidikan yang dibuat oleh saintis, sperma salmon ini berkait rapat dengan peningkatakan keanjalan kulit dan tahap kolagen. Dan kedua-duanya sangat penting untuk mereka yang mahu elak penuaan berlaku.
- Foto – Pinterest
Info: Sperma salmon turut dikenali secara profesional sebagai salmon pdrn (polydeoxyribonucleotides).
Salmon pdrn atau DNA sperma ini kebiasaannya didapati daripada salmon trout atau chum salmon dan ianya berfungsi dengan menyasarkan protein tertentu apabila dirangsang (menggalakkan penyembuhan luka).
IKLAN
Tapi kenapa perlu ambil dari testis?
Dipetik daripada kata-kata Kenna Whitnell, ahli biokimia dan saintis di Amerika Utara, testis salmon adalah kawasan yang mengandungi jumlah DNA yang sangat tinggi. Dan paling penting proses pengekstrakannya lebih mudah dan jimat kos.
- Foto – Tweak Town
Tambahan pula salmon mempunyai DNA yang agak sama dengan manusia. Jadi mudahlah untuk digunakan dalam produk kecantikan kerana ia mudah ‘masuk’ dengan fungsi selular kita.
Apa kebaikannya dan siapa yang perlu elak?
Menurut penyelidik dan saintis, salmon pdrn ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang rosak atau kering. Ini kerana salmon pdrn mempunyai keupayaan untuk memulihkan keanjalan kulit, membaiki moisture barrier dan kurangkan keradangan.
- Foto – KAHI / Khyrastore
Kalau ada luka seperti luka jerawat yang belum sembuh, DNA salmon akan bantu pulihkan dengan lebih cepat berbanding dengan sel darah putih.
Tambahan pula ada sesetengah orang tidak sesuai gunakan salmon pdrn ini. Antara golongan yang perlu elak salmon pdrn ini adalah mereka yang vegan dan alah kepada ikan. Untuk golongan ini, kamu boleh gunakan Vitamin A, Vitamin C atau retinoid sebagai ganti kepada salmon pdrn.
Psst… Sebagai langkah berhati-hati, sebelum guna salmon pdrn dapatkan nasihat daripada doktor kamu dulu ye.