Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Gambarkan Payudara Kamu? Avon Lancar Kempen #NormalForMe Oktober Ini

by Lisa AG
September 28, 2022
Foto - Avon

Foto - Avon

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Lihat di cermin bagaimana rupa payudara kamu? Anjal, seperti jeli yang kenyal? Besar, seperti belon yang cantik? Atau mungkin lembut, umpama bantal yang gebu.

Avon menyeru wanita dan lelaki seluruh dunia untuk berkongsi definisi mereka melalui kempen #NormalForMe bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini.

Foto – National World

Kempen #NormalForMe akan diadakan secara global sepanjang bulan Oktober, bertujuan untuk menggalakkan pembualan dan pemahaman tentang kanser payudara.

Sebagai sebuah syarikat peneraju kecantikan yang menghargai golongan wanita sepanjang 30 tahun selaras dengan ‘Breast Cancer Promise,’ Avon memfokuskan kesedaran tentang pengesanan awal kanser payudara kerana ia mampu menyelamatkan nyawa.

Wakil Avon dari seluruh dunia akan berkongsi melalui video sosial sambil bercerita tentang payudara mereka dalam keadaan ‘biasa’. Matlamatnya untuk mengetahui payudara kamu dalam keadaan ‘biasa’, kamu akan mengetahui dengan serta-merta jika sesuatu terasa berbeza, atau tidak pada tempatnya.

Bukan itu saja, Avon Malaysia turut mengadakan kempen pengumpulan dana yang menampilkan pilihan produk terlaris Avon termasuk wangian, pakaian intim dan produk penjagaan kulit dari 1 hingga 31 Oktober 2022.

Foto – Good Housekeeping

Cara untuk menyertai kempen ini;

  • Avon menyeru semua orang yang mempunyai akaun Facebook, Instagram atau Twitter untuk menyertai bulan Kesedaran Kanser Payudara ini.
  • Kongsi tiga perkataan yang paling tepat menggambarkan payudara kamu dan gunakan hashtag #NormalForMe
  • Bantu kami meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal kerana pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa!

Lawati shop.avon.my dan beli produk sambil bantu mengumpul dana untuk rakan kongsi amal kanser payudara, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk membiayai pemeriksaan payudara, program jangkauan dan penyebaran maklumat kepada orang ramai di Malaysia.

BACA:  Edisi Pink October: Jenis Bra Ini Tidak Elok Untuk Kesihatan Payudara
FILED UNDER avonkanser payudarakempen #normalforme
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.