Yang terbaru untuk koleksi #FloraFantasy, Gucci Beauty mendedahkan siri wangian Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum dan set kosmetik Gucci Palette Beauté Des Yeux Gorgeous Flora dan Gucci Rouge De Beauté Brillant Flora edisi terhad.
- Foto – Gucci Beauty
Wangian Flora Gorgeous Jasmine mengetengahkan bunga Jasmine lembut sebagai signature haruman. Diadun dengan nota asas Sandalwood dan Benzoin, keghairahannya yang menenangkan mencipta kesan yang unik kepada pemakainya. Diserlahkan lagi dengan nota Mandarine Essence dan Magnolia Accord, yang menyemai aroma dengan lebih sebati dan memberikan ketenangan.
Diinspiraikan daripada kempen #FloraFantasy, Gucci Beauty memperkenalkan set solekan edisi terhad Gucci Palette Beauté Des Yeux Gorgeous Flora dan Gucci Rouge De Beauté Brillant Flora.
IKLAN
- Foto – Gucci Beauty
Palet pembayang mata menampilkan 12 warna dałam tekstur metalik, satin dan matte yang diletak dalam bekas merah jambu keemasan. Warna berpigmen tinggi boleh dicampur, dipadankan dan diadun untuk mencipta pelbagai rupa kreatif dan bertenaga.
Untuk Gucci Rouge De Beauté Brillant Flora pula didatangkan dalam signature Gucci ‘208 They Met in Argentina’ dalam pembungkusan yang ikonik. Disuntik dengan minyak mawar hitam dan peony, bersama dengan minyak biji jojoba, mentega karité, dan asid hyaluronik, gincu memberikan perlindungan berkhasiat seperti lip balm, tetapi dengan hasil warna yang sangat berpigmen.
- Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum, 30ml RM336; 50ml RM428; 100ml RM581
- Gucci Palette Beauté Des Yeux Gorgeous Flora – RM660
- Gucci Rouge De Beauté Brillant Flora – RM175
Gucci #FloraFantasy boleh didapati di stor Gucci dan Sephora.