Pernah tak kamu tertanya-tanya bagaimana beg Panthère de Cartier dibuat?
Rupa yang estetik, beg Panthère de Cartier ini diinspirasikan oleh visi Cartier Jewellers yang menggabungkan kulit artistry dengan Jewellery Savior Faire.
Pembuatan beg Panthère de Cartier ini bermula secara rahsia di Design Studio oleh Marlin Yuson (Pengarah Kreatif Barangan Kulit) bersama pasukannya.
Menggunakan bahan berharga, buku lakaran dan prototaip, proses kreatif ini menggunakan kepakaran barang kemas dan kulit bengkel Maison.
Proses hasilkan clasp, flap dan rantai beg
Clasp beg Panthère de Cartier menjadi pencantum antara barangan kulit dan barangan kemas. Kerjasama antara Design Studio dan pengukir barangan kemas, clasp tersebut dibentuk melambangkan signature Cartier iaitu harimau kumbang.
- Foto – Cartier
Bermula dari logam dan kemasan emas (atau paladium), kepala harimau kumbang ini diperbuat daripada sebelas permukaan rata.
Setiap satunya dihiasi dengan sisipan kulit, unsur kulit pula dipotong laser dan dipasang tangan untuk mencipta kedamana dan perspektif.
Untuk bahagian logam, loyang digunakan dan ia ditutup dengan kemasan emas atau paladium dengan ketebalan yang mencukupi. Tujuannya untuk pastikan ketahanan yang lebih besar dan tahan terhadap pengoksidan, haus dan lusuh.
- Foto – Cartier
Manakala di bawah flap, tab diletakkan di sebelah claps. Dan rantai beg pula dibina mengikut estetika barang kemas Cartier terkini iaitu pautan rantai mengandungi batu permata dan ditutup dengan kemasan emas atau paladium.
Kemahiran tukang kulit dalam memilih & mereka
Sesiapa yang memiliki beg Panthère de Cartier, kamu pasti tahu betapa lembut dan tahan kulit beg tersebut. Kalau kamu nak tahu, beg tersebut menggunakan kulit anak lembu yang berkualiti tinggi sahaja.
- Foto – Cartier
Kulit dibasuh dan disamak sebelum menjalani proses tertentu yang berikan kesan berbutir; ditekan dengan corak timbul dan kemudian tertakluk pada tekanan serta suhu yang tinggi.
Kulit tersebut dipotong untuk dipadankan dengan corak dan ianya akan diperhalusi menerusi peringkat menggorak (mudah untuk menjahit).
- Foto – Cartier
Seterusnya ia akan dicelup sebelum logo timbul dalam emas dan bahagian individu dipasang. Akhir sekali, kerja menjahit akan bermula dan proses ini sangat rumit. Di mana bahagian tepinya akan dijahit tapi tidak boleh dilihat oleh mata.
- Foto – Cartier
Berdasarkan reka bentuk, proses penyamakan iaitu mock-up akan dibuat menggunakan microfibredan salpa. Ketepatan bentuk, ketepatan perkadaran dan butiran berharga menjadikan Cartier sebuah nama yang unggul.
Sangat rumit dan penuh dengan ‘rahsia’ kan nak buat beg Panthère de Cartier ini?