Psst… Sudah ke kamu dengar tentang produk terbaru NU SKIN?
Jenama produk kecantikan dan kesihatan berkualiti premium NU SKIN telah melancarkan produk terbarunya iaitu suplemen harian. Diberi nama ageLOC® Reset Softgel, suplemen harian ini dikatakan mampu menyokong metabolisme yang sihat.
90% pengguna NU SKIN bersetuju bahawa gaya hidup yang aktif telah menjejaskan badan mereka (contoh: cepat keletihan, tidak bermaya dan lain-lain).
Seiring dengan gaya hidup dan tahap metabolisme masyarakat kini, suplemen ini dicipta untuk membantu mereka yang memerlukan. Di samping meneruskan kehidupan seperti biasa, ageLOC® Reset Softgel dapat menyokong metabolisme yang sihat, menyokong aktiviti antioksidan dengan mengurangkan tekanan oksidatif dan banyak lagi.
3 Sebab Kenapa agenLOC® Reset Softgel Penting!
Bukan itu sahaja, ageLOC® Reset Softgel ini juga telah disokong oleh kajian dan penyelidikan proprietari Nu Skin selama 7 tahun. Hasilnya, kamu dapat kekalkan kesihatan pada tahap maksimum apabila gabungkan suplemen ini dengan pemakanan sihat serta senaman berkala.
Mungkin ada yang fikir suplemen NU SKIN ini sama seperti suplemen yang lain. Untuk pengetahuan kamu, suplemen ini ada bezanya dan berikut adalah tiga sebab kenapa kamu perlu dapatkannya segera!
#1 Formulasi
ageLOC® Reset Softgel ini mendapat keberkesanannya daripada proprietari iaitu formula terobosan. Formula ini menampilkan campuran antosianin yang kaya dengan dua anthocynanin seperti Cyanidin dan Delphinidin.
IKLAN
- Foto – NU SKIN
#2 Beri Apa Yang Badan Perlukan
Untuk pengetahuan kamu, campuran eksklusif dalam ageLOC® Reset Softgel ini membekalkan 215mg antosianin (per setiap hidangan) untuk hasilkan manfaat yang terbukti secara klinikal.
- Foto – NU SKIN
Apabila ambil sehari satu biji, kamu berupaya untuk mendapat beberapa manfaat seperti kesejahteraan badan yang sihat, menyokong metabolisme badan, meningkatkan sistem pertahanan antioksidan dan mengurangkan tekanan oksidatif.
#3 Setiap Bahan Dianalisis & Diuji Dengan Teliti
NU SKIN telah menganalisis lebih daripada 10 ekstrak tumbuhan antosianin berbeza dan kemudian menguji 7 dalam kajian saringannya.
- Foto – NU SKIN
Selepas dianalisis dan diuji, NU SKIN menggunakan tiga bahan utama seperti beras hitam, bilberi dan kismis hitam untuk mencipta formulasi proprietari yang kaya dengan sebatian cyanidin dan delphinidin.
Berharga RM670 (60 softgel) sebotol, ageLOC® Reset Softgel disyorkan untuk diambil sebanyak 1 kapsul setiap hari selepas makan.