Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

#DIVAReview Skintific: Guna 4 Produk Ini, Confirm Ke Masalah Jerawat & Skin Barrier Selesai?

by Soph.Azz
September 27, 2022
Foto - Skintific

Foto - Skintific

3.6k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rasanya ramai yang pernah mengalami situasi di mana kulit wajah berjerawat, sensitif, merengsa atau keadaan skin barrier yang sangat mengecewakan.

Menjadi individu yang pernah mempunyai jerawat dan skin barrier yang kurang menyenangkan, situasi ini membuatkan DIVA sangat menitikberatkan keadaan kulit supaya ia tidak berulang kembali.

Sebagai solusinya, DIVA menggunakan produk yang mengandungi bahan aktif yang sesuai mengikut jenis kulit. Memiliki kulit berminyak dan berjerawat, produk yang paling DIVA rasakan sesuai dengan kulit wajah adalah produk daripada Skintific! Nak tahu tak apa feedback selepas hampir seminggu DIVA gunakan produk jenama ini?

Scroll dan baca di bawah okay. Psst… Ini pertama kali tau DIVA gunakan produk daripada Skintific!

Sebelum itu, pernah dengar tak tentang Skintific?

Mungkin ada sesetengah daripada kita tak pernah dengar tentang produk Skintific ini. Jangan risau ye kerana DIVA akan kongsikan semuanya dengan kamu!

Produk penjagaan wajah Skintific ini adalah produk yang diformulasikan oleh saintis-saintis dari Kanada. Setiap produk ini menggunakan bahan-bahan yang selamat dan sesuai untuk setiap jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

Malah setiap produknya yang diperbuat berdasarkan ‘Skincare Powered by Science’ ini terbukti memberikan hasil yang sangat cepat dan selamat. Paling penting, kulit akan sentiasa kekal terhidrat sepanjang hari.

DIVA Sudah Cuba 4 Produk Dari Skintific

Di sosial media, ramai yang sudah guna dan hype-kan produk Skintific ini. Tertarik melihat keberkesanannya pada orang lain membuatkan DIVA tak lepaskan peluang untuk mencubanya.

Dan dalam entri kali ini, DIVA akan kongsikan produk apakah yang dicuba dan apakah kesannya pada kulit. Bermula daripada…

#1 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel

Menjadi kegemaran DIVA, pelembap Skintific ini mempunyai tekstur water cream gel. Sangat ringan, tidak melekit dan paling best sekali terus meresap ke dalam kulit. Baunya pula tidak seperti gunakan pewangi tambahan kerana bahan-bahan semula jadinya sudah mengeluarkan bauan sendiri.

Foto – Skintific

Dari segi bahannya pula, pelembap ini mengandungi 5x ceramide yang bertindak sebagai agen penghidratan yang terbaik untuk kekalkan kelembapan kulit, terdiri daripada:

  1. Ceramide EOP (satukan lapisan skin barrier)
  2. Ceramide AS (halang bakteria masuk ke dalam skin barrier)
  3. Ceramide NP (membaiki kekuatan skin barrier)
  4. Ceramide NS (kunci kadar air dalam kulit supaya kekal hidrasi)
  5. Ceramide AP (simpan essential fatty acid dalam lapisan epidermis)

Manakala bahan aktif utama lain yang menjadi bualan ramai adalah:

  • Hyaluronic Acid – Berfungsi untuk ‘membekalkan’ hidrasi pada kulit. 
  • Centella Asiatica – Bertindak sebagai agen anti radang dan boleh membantu menenagkan kulit yang iritasi sekaligus memberikan hidrasi. 
  • Marine Collagen – Sangat efektif dalam meningkatkan keanjalan
  • Panthenol (Vitamin B5) – Mempunyai kesan anti radang, melembapkan kulit dan menenangkan kerengsaan. 

Pendapat DIVA:

Secara keseluruhannya, DIVA sangat sukakan pelembap ini kerana ia tidak membuatkan wajah menjadi berminyak selepas beberapa jam penggunaan. Selepas menggunakan pada waktu pagi dan malam, beberapa bahagian (dahi, pipi dan dagu) mula terasa cukup hidrasi dan keanjalannya. 

Foto – Skintific

Untuk skin barrier pula, DIVA perasan kulit tidak mudah merengsa, kemerahan dan juga kegatalan. Malah jumlah minyak muka pula semakin berkurangan, tidak seperti dulu. 

#2 Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask 

Sejak sheet mask mula memonopoli pasaran, DIVA sendiri jarang gunakan clay mask. Bukan apa clay mask perlu dibersihkan dengan betul dan ada kalanya kulit akan rasa kesat selepas itu. Tetapi sejak mula gunakan clay mask Skintific, lain pula hasilnya! 

Foto – Skintific

Diformulasikan menggunakan mugwort, bahan ini memiliki sifat anti inflamasi, kaya dengan antioksidan yang boleh lindungi kulit dari radikal bebas dan membantu proses penghasilan kolagen dalam kulit. 

IKLAN

Malah mugwort turut ‘dibantu’ dengan bahan-bahan terbaik lain yang dapat meredakan iritasi akibat jerawat dan bakteria seperti Salicylic Acid, Centella Asiatica, Niacinamide dan Montmorillonite. 

Pendapat DIVA:

Walaupun ianya clay mask tetapi teksturnya tidak seperti tanah liat, malah ianya sangat lembut. Tekstur lembut ini membuatkan DIVA dapat ratakan di seluruh wajah.

Foto – Skintific

Selepas ratakannya, DIVA perasan clay mask ini tidak cepat bergerak dan ‘retak’ sebaik sahaja ianya mula kering selepas 10 minit. Malah kesan ketat selepas kering pun tidak terlalu ekstra hingga membuatkan rasa tak selesa. 

Apa yang best selepas dibilas dengan air, wajah tidak rasa kering, ketat dan kesat seperti clay mask lain. Malah kulit rasa sangat lembut, kenyal dan lembap!

#3 2% Salicylic Acid Anti Acne Serum 

Memandangkan wajah pernah (dan masih) berjerawat, DIVA sememangnya tertarik mahu mencuba serum ini. Selain kukuhkan asas penjagaan wajah, DIVA dapati serum ini boleh jadi produk tambahan untuk percepatkan penyembuhan jerawat tau!

Foto – Skintific

Serum ini di-claim mempunyai 2% Salicylic Acid yang mampu mengangkat sel kulit mati, memudarkan bekas jerawat, kecilkan pori dan baiki skin barrier yang lemah. Dan ada juga bahan hebat lain seperti:

  • 4% Niacinamide yang bantu cerahkan kulit 
  • Centella Asiatica yang menenangkan kulit, atasi kemerahan dan bersifat anti inflamasi
  • Ceramide yang membaiki skin barrier
  • Hyaluronic acid jadikan kulit lebih hidrasi dan kekal lembap sambil mengawal minyak 

Pendapat DIVA:

DIVA sangat sukakan serum ini memandangkan ia sangat ringan di wajah walaupun bertekstur agak tebal. Bukan itu saja, sebaik sapu di seluruh wajah kamu tak akan rasa melekit dan seperti berada di atas kulit tanpa meresap masuk.

Foto – Skintific

Malah selepas pakai pada waktu pagi dan petang, masalah jerawat DIVA mula berkurangan. Apa yang lebih membuatkan DIVA teruja adalah wajah tidak nampak kusam dan makin glowing!

#4 10% Niacinamide Brightening Serum

Apabila jerawat mula kecut dan hilang, mulalah wajah dipenuhi dengan parut-parut hitam, betul tak? Untuk mempercepatkan pudarnya parut hitam ini, DIVA gunakan serum pencerah Skintific. 

Foto – Skintific

Didakwa boleh mencerahkan, melicinkan dan memudarkan bintik gelap di wajah, serum ini mempunyai empat bahan utama yang ‘mujarab’ seperti:

  • 10% Niacinamide – Boleh cerahkan kulit dengan cepat, pudarkan bekas jerawat dan meratakan tona kulit wajah. 
  • Alpha Arbutin – Mencerahkan kulit di setiap lapisan sehingga melanin tidak dapat dihasilkan. 
  • Ceramide – Membaiki dan menjaga kesihatan skin barrier. 
  • Centella Asiatica – Menenangkan kulit terutamanya bekas dan jerawat yang sedang kemerahan. 

Pendapat DIVA: 

Sejak hari pertama penggunaan, serum ini tidak membuatkan kulit DIVA beri apa-apa tindak balas yang buruk. Malah selepas beberapa kali penggunaan, kesan parut jerawat makin pudar walaupun ambil masa. 

Foto – Skintific

Dipakai pada waktu pagi dan juga malam sebelum pelembap, DIVA dapati hasilnya sangat positif; kulit makin cerah, lembap dan paling mengujakan kulit menjadi lebih gebu serta lembut.

Sehingga hari ini, DIVA masih lagi menggunakan produk-produk Skintific di atas. Memang puas hati! 

Bagi kamu yang mempunyai masalah kulit yang sama seperti DIVA, cepat-cepat dapatkan produk di atas menerusi [Shopee] dan [Tiktok Shop] rasmi Skintific!

Tags: review skintificskintific
Share1432SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAReview Skintific: Guna 4 Produk Ini, Confirm Ke Masalah Jerawat & Skin Barrier Selesai?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.