Di antara tiga minuman baru, DIVA paling suka Houji-licious!
La Juiceria; kafe Malaysia yang menyediakan makanan sihat berkualiti tinggi telah menjadikan Oatside sebagai minuman susu oat berasaskan tumbuhan 100%.
Bekerjasama dengan Oatside, La Juiceria menggalakkan setiap pelanggannya untuk berubah kepada makanan dan minuman berasaskan tumbuhan. Jadi bersempena dengan itu, La Juiceria memperkenalkan tiga perisa minuman berasaskan tumbuhan yang baru!
View this post on Instagram
IKLAN
Psst… Setiap satunya menggunakan Oatside Barista Blend Oat Milk dan Maple Syrup. Kedua-dua bahan ini mempunyai beberapa kebaikan pada kesihatan seperti meningkatkan metabolisme, mengandungi sifat anti-radang dan kaya dengan antioksidan.
Antara perisa minuman terbaru La Juiceria dan Oatside adalah:
- Foto – La Juiceria X Oatside
- Viet-Me-Up: Dicampur dengan kopi Super Saigon Vietnam, Oatside Barista Blend Oat Milk dan Maple Syrup untuk tingkatkan metabolisme serta tenaga.
- Golden Elixir: Padanan kunyit, kayu manis, Oatside Barista Blend Oat Milk dan Maple Syrup adalah untuk menyegarkan sidat anti-radang, kulit cerah serta glow dari dalam.
- Houji-licious: Menggunkan houji daripada Niko Neko Tsubaki Hojicha panggang, Oatside Barista Blend Oat Milk dan Maple Syrup, minuman ini kaya dengan antioksidan serta baik untuk jantung.
Berharga RM15.99 sebotol, kamu boleh dapatkan ketiga-tiga minuman baru ini di semua kafe La Juiceria Malaysia!