Pernah mengalami situasi bertemu dengan si cantik tetapi ‘berbau kurang enak’? Apa tanggapan kamu terhadap individu tersebut?
Pada DIVA, secantik mana rupa dan penampilan seseorang, namun jika mengalami masalah bau badan, daya penarik individu terbabit tentunya akan jatuh merudum.
- Foto – iStock
Dipetik dari Dailymail, bau memang mempengaruhi tanggapan kita terhadap seseorang. Rupanya, memakai minyak wangi bukan sahaja akan membuatkan mood pemakainya menjadi lebih baik malah ia akan membuatkan seseorang akan kelihatan lebih cantik.
IKLAN
Eksperimen telah dibuat kepada wanita yang sama dan hasilnya, wanita tersebut didapati dianggap lebih menarik ketika memakai haruman. Penyelidik juga mendapati persepsi terhadap rupa paras fizikal dipengaruhi oleh emosi berbanding rasional.
Haruman dan daya tarikan fizikal wajah akan berintigerasi dan dinilai bersama oleh emosi. Situasi ini juga dikaitkan dengan tindak balas neural yang diproses di otak. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada bau mempengaruhi persepsi sebenar visual ciri-ciri wajah dalam erti kata lain, bagaimana muka dinilai secara emosi oleh otak.
- Foto – Freepik
Jadi untuk menyempurnakan penampilan dan tampil lebih menarik dan cantik, semburan minyak wangi nampaknya memang terbukti memberikan impak sebegini. Malah ianya juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipraktiskan.
Jadi sebelum keluar rumah, bolehlah anda semburkan sedikit haruman kegemaran kamu. Tak susah rupanya untuk kelihatan cantik.