Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Kaimirra Tutan Lancarkan 3 Koleksi Baru Sempena Pembukaan Butik Flagship Di Mid Valley!

by Soph.Azz
September 26, 2022
Foto - Kaimirra Tutan

Foto - Kaimirra Tutan

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahniah Kaimirra Tutan!

Bersempena dengan pembukaan butik flagship utamanya di Mid Valley Megamal; Kaimirra Tutan iaitu jenama barang kemas Kanada telah melancarkan tiga koleksi barunya.

Setiap koleksi ini meraikan batu organik pelbagai warna di dunia menerusi reka bentuk yang unik dan abadi, sesuai dengan selera pelanggan Kaimirra Tutan.

Antara koleksi baru yang boleh didapati sempena pembukaan butik flagsip Kaimirra Tutan adalah;

Foto – Arkib DIVA
  • Couture Collection – Koleksi yang menampilkan statement pieces yang direka khas untuk serlahkan batu permata eksklusif.
  • Fine Jewellery Collection – Barisan barang kemas mewah yang rumit rekaannya, sesuai dipakai ketika majlis atau ke kerja.
  • Jewellery Collection – Rekaan yang menonjolkan permata Ammolite dalam reka bentuk ringkas dan minimalis.

Asalnya Ammolite Kaimirra Tutan Ini Berasal Dari…

Untuk pengetahuan kamu, permata Ammolite Kaimirra Tutan ini diperoleh daripada lombong di Bearpaw Formation, Kanada. Bukan itu sahaja, lombong ini juga menjangkau Alberta hingga ke Saskatchewan dengan cara yang mesra alam.

Foto – Kaimirra Tutan

“Kami telah bekerjasama dengan Korite, pengeluar ammolit komersial terbesar di dunia, untuk mendapatkan permata ammolite semula jadi untuk rekaan kami dengan cara yang mampan dan beretika,” kata Damien Foo, Pengarah Urusan Kaimirra Tutan.

Malah sejak penubuhan pada tahun 2010, Kaimirra Tutan, rakan kongsi dan kurator telah  berhempas pulas untuk dapatkan permata Ammolite yang tulen dan berkualiti terbaik untuk pelanggannya.

Foto – Kaimirra Tutan

Dan pada tahun ini, Kaimirra Tutan dapat mempersembahkan hasil rekaan barangan kemas Ammolite menerusi rekaan eksklusif yang melambangkan gaya hidup yang mewah.

Kunjungi Kaimirra Tutan (Tingkat 2, Centre Court Mid Valley Megamall) untuk dapatkan koleksi baru sambil melihat gambaran visual butik yang diilhamkan oleh kemewahan ala Mesir.

Foto – Kaimirra Tutan

Permata Ammolite besar dan belum dipotong yang menunjukkan bentuk asal fosil Amonit turut dipamerkan di butik ini.

Tags: kaimirra tutankaimirra tutan mid valleyMid Valley megamall
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Kaimirra Tutan Lancarkan 3 Koleksi Baru Sempena Pembukaan Butik Flagship Di Mid Valley!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.