Pada Sabtu (24/10/2022) baru-baru ini, portal Murai MY telah mengadakan Festival Nasi Lemak. Diadakan di Mydin USJ, festival ini menampilkan lapan vendor nasi lemak terbaik dan popular di sekitar Kuala Lumpur.
Festival yang berlangsung dari 9 pagi sehingga 6 petang ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Mydin; Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.
Sekadar info, festival gilang gemilang ini turut ditaja oleh Mydin Malaysia, Kokomo, Vico, Mahsuri dan Suquick sebagai penaja utama selain daripada Hexa, SugarBomb, Boh dan banyak lagi.
- Foto – Arkib DIVA
Manakala penganjur program merangkap Ketua Pengarang Murai MY; Shafful Shaffiq Mohd Salleh mendedahkan festival ini dirangka dalam masa singkat telah berjaya menghimpun lapan vendor nasi lemak yang popular.
IKLAN
Antara vendor nasi lemak yang turut serta dalam Festival Nasi Lemak ini adalah Ready To Eat (RTE) Mydin, The Gangsa Cafe, Cake Together, Nasi Lemak Zara, Nasi Lemak BK4, Nasi Lemak Angah, Empire Nasi Lemak, Nasi Lemak Kantin dan Suri Nasi Lemak Panas 223.
- Foto – Arkib DIVA
Semasa festival ini berlangsung ada beberapa menu nasi lemak yang unik serta menarik dijual; seperti Sushi Nasi Lemak, Kek Nasi Lemak, Nasi Lemak Vegetarian dan banyak lagi!
Dan selain daripada nasi lemak, festival ini turut mempromosikan produk pengusaha nasi lemak seperti sambal instant, sos dan kicap baharu Mahsuri dan pelbagai lagi.
- Foto – Arkib DIVA
Festival ini turut dimeriahkan dengan demo masakan oleh juara MasterChef Malaysia (Musim1) iaitu Dr. Ezani Farhana Md Monoto. Manakala penyanyi Big Stage (Musim4), Aisha Retno pula mempersembahkan lagu barunya, Sutera.