Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Kulit Cantik Dari Dalam! Ini Sebab Kamu Kena Jaga Kesihatan Usus

by Indah Aziz
September 25, 2022
Foto - Allen Sapadin, MD

Foto - Allen Sapadin, MD

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jerawat, kemerahan (radang), parut dan tompok gelap masih timbul biarpun anda telah menjaga rutin penjagaan wajah dengan baik sekali. Permukaan kulit mungkin kelihatan lebih baik tapi bagaimana pula segi dalaman? Ia antara penyebab sel tidak konsisten untuk membaiki kulit.

Ramai yang berpendapat untuk mendapatkan hasil kulit yang sihat bukan sahaja bergantung pada produk kecantikan tetapi juga pemakanan. Hasil perut yang sihat juga memberi kesan yang terbaik pada seluruh tubuh khususnya kulit.

Kulit vs Usus 

Tahukah anda mikrob (bakteria baik) yang terdapat didalam usus bukan sahaja meningkatkan fungsi imunisasi badan, malah dapat mengurangkan berlaku keradangan sel. Ia dipanggil mikrobiom kulit dimana komposisinya bergantung pada umur, jantina dan persekitaran.

Jadi bagi menambah bakteria baik pada usus, sekaligus memberi efek pada kulit. Pengambilan probiotik disarankan oleh para doktor. Ia supaya menggalakan pertumbuhan bakteria baik.

Foto – Healthline

Kesan probiotik pada kulit

Dari pengalaman penulis sendiri, probiotik bukan sahaja melancarkan pergerakan usus. Jerawat yang sering tumbuh dibahagian dagu penulis juga semakin mengecut. Kawasan kulit yang sering naik radang juga sudah pudar dan reda dari iritasi.

IKLAN

Pengambilan probiotik disarankan oleh doktor selepas penulis mengalami senak perut dan ketidakhadaman. Ia dapat mengimbangi semula bakteria baik dalam usus dan seterusnya dapat dilihat pada kulit.

  • Mengurangkan kekeringan kulit (ekzema)
  • Meningkatkan produksi ceramides kulit
  • Membasmi bakteria penyebab jerawat
  • Membantu menjaga PH kulit

Jika anda tidak mahu mengambil secara suplemen. Anda boleh menambah makanan yang kaya probiotik dalam diet harian. Sebagai contoh iaitu yogurt, kimchi, tempeh, cider epal dan lain-lain.

Foto – Clean Eating Kitchen

Sebelum anda membeli mana-mana produk suplemen tambahan. Dapatkan dahulu nasihat doktor dan paling penting lakukan dahulu pemeriksaan kesihatan.

Anda juga boleh sentiasa ingatkan pada diri, apa jua yang berlaku pada tubuh badan kita. Ia saling bergantungan dengan pemakanan dan gaya hidup.

Termasuklah masalah kulit dan perut. Selamat beramal!

Tags: kelebihan probiotikmanfaat probiotikprobiotik kulit
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Kulit Cantik Dari Dalam! Ini Sebab Kamu Kena Jaga Kesihatan Usus

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.