Jika mahu cerita tentang pelbagai gaya gaun diatas dunia ini pasti tidak habis. Terlalu banyak potongan, belahan, bentuk dan ciri yang perlu diperhatikan. Sudah tentu tajuk yang paling utama ialah gaun itu harus mendokong watak yang ingin kita mainkan saat menyarungnya.
Kembali menyegat! Gaun potongan belahan belakang atau backless dress kini menjadi pujaan ramai. Lebih-lebih lagi ketika musim panas dan bergaya ala street style.
Mudah sekali untuk mempamerkan aura seksi dan berani dalam satu bentuk pakaian. Rata-rata yang memilih backless dress memang bijak untuk menarik perhatian dari dress yang biasa kepada luar biasa.
Jika anda teringin nak menayang kulit mulus belakang badan semasa makan malam romantik, majlis gala atau majlis resepsi perkahwinan. DIVA sertakan idea-idea backless dress dari selebriti dibawah. Supaya gaun anda lebih berbeza dari yang lain!
#1 Lupita Nyong’o
Benar-benar seksi! Potongan belakang dress yang dipakai Lupita cukup low-cut. Ia dapat pamerkan lengkukan pinggang dan tulang pinggung Lupita yang menggiurkan. Dress tanpa lengan ini, ditambah lilitan menyilang sebagai kemasan.

#2 Kate Hudson
Aktress ‘rom-com’ ini memang antara yang suka tiba di karpet merah dengan penampilan yang daring. Tapi DIVA paling suka backless dress Kate yang kali ini. Ia dihiasi dengan ringlet membuatkan gaun seksi ini bertambah anggun. Potongan bawah dress pula berbentuk ‘V’ bagi memberi ilusi badan lebih langsing.

#3 Kim Kardashian
Bila bercakap bab dress seksi, nama Kim K memang wajib dalam senarai DIVA! Gaun ketat bergetah ini tetap melohorkan dua lubang belakang badan si genit ini. Menariknya, tidak sahaja berlengan panjang tapi dijadikan sarung tangan penuh. Bahagian backless pula seperti potongan pakaian renang. Dimana pemakai tampak berkelas tapi masih kekal kasual. Setuju?

#4 Selena Gomez
Jangan tak tahu, Selena juga kerap menghangatkan karpet merah dengan penampilan dengan citarasa gaun yang memukau. Midi dress Selena ini sebenarnya biasa-biasa sahaja. Namun lengkungan potongan belakang menambah perincian yang sangat unik. Ia neck strap seperti gelung dan memberi efek gaun lebih longgar.

#5 Scarlett Johansson
Gaya si Black Widow ini kelihatan lebih romantis dengan pilihan dress bercetak dan dihiasi renda padat. Gaun kain kembang ikan duyung ini menyerlah dengan dibantu lembaran renda yang membentuk gaya backless. Bagi DIVA gaya begini sangat sesuai untuk dijadikan inspirasi bagi persalinan pakaian pengantin. Tidak keterlaluan tapi aura mengancam masih ada!

Cuba komen yang mana paling anda suka?