Perubahan Lady Gaga cukup mengagumkan…
Masih ingat tak dulu fesyen penyanyi pop Lady Gaga saat muncul dalam muzik video ‘Just Dance’?
Biarpun digelar pelik dan aneh, Lady Gaga berjaya menarik perhatian anak muda yang juga dikategorikan seperti itu. Beliau menjadi idola ramai dan mula membuka mata apabila setiap manusia itu berbeza-beza serta unik setiapnya.
Hampir 12 tahun dalam industri muzik, Lady Gaga semakin dilihat kearah keintiman. Kembali mengangkat darjat kewanitaan, kelihatan cukup jelita bila setiap kali tiba di karpet merah. Tiada lagi potongan baju yang janggal, kasut tumit terlampau tinggi dan solekan yang sarat.

Tahun 2020 jadi penguat untuk Lady Gaga teguh berada di lapangan fesyen mewah. Beliau diangkat menjadi duta minyak wangi Valentino iaitu Lady Gaga for Valentino Voce Viva.
Menariknya, alasan pihak Valentino memilih penyanyi serba boleh ini ialah sifat individualiti oleh Lady Gaga yang cukup berkuasa.
Lady Gaga means freedom, self-consciousness, pure heart. She is the icon of a generation. Her message of freedom, passion for art, self-consciousness and equality is the same our Valentino community stands for. I am so proud for having her in. – Pierpaolo Piccioli
Benar sekali apa yang diungkapkan oleh pengarah kreatif Valentino ini. Dari awal lagi Lady Gaga telah membawa satu aura cukup berani tentang keyakinan diri. Malah, beliau berjaya menjadi contoh tentang sifat penting personaliti seseorang.

Sesuai dengan tagline ‘My voice, My strength’. Tak perlu untuk cuba-cuba jadi orang lain. Ambil masa untuk memahami dan memproses mencari tujuan diri anda.
DIVA sangat suka imej terkini Lady Gaga dan paling penting DIVA menjulang mesej yang disampaikan oleh pelantun suara lantang ini.

Semoga menjadi inspirasi kepada pembaca!