Tahukah kamu, idol terkenal Sunmi pernah membuka cerita dia didiagnos penyakit ‘Borderline Personality Disorder’ menerusi satu program variety suatu masa dulu.
“Sekitar lima tahun yang lalu, saya didiagnosis dengan borderline personality disorder. Keadaan itu sangat menyeksakan saya. Setelah saya didiagnosis, saya mendapat rawatan dan ubat, dan ia menjadikan saya lebih baik.
“Kamu harus menjaga asas-asas itu agar orang di sekitar juga selesa. Saya mengetahui bahawa borderline personality disorder sering berlaku pada orang di sekitar. Saya mahu orang di sekeliling saya gembira, dan tidak terluka kerana saya. Saya sayangkan mereka, tetapi dalam hati saya juga ingin rasa disayangi.
“Saya memulakan kerjaya pada usia muda. Sepatutnya kita ‘mengembangkan’ diri ketika remaja, tetapi saya menghabiskan sebahagian masa dalam kereta, tidak bersosial dengan orang.
Ketahui Masalah Mental Borderline Personality Disorder
Penyakit ini bermaksud gangguan kesihatan mental yang mempengaruhi cara anda berfikir dan merasa tentang diri sendiri dan orang lain, menyebabkan masalah berfungsi dalam kehidupan seharian.
Ini merangkumi masalah imej diri, kesukaran menguruskan emosi dan tingkah laku serta corak hubungan yang tidak stabil.
- Foto – Prevention
Kamu mempunyai ketakutan yang kuat untuk ditinggalkan atau ketidakstabilan, dan kamu mungkin menghadapi kesukaran untuk bersendirian.
Kemarahan, impulsif dan perubahan mood mendorong orang disekiling meninggalkan kamu, walaupun kamu ingin menjalin hubungan penuh kasih sayang dan berkekalan.
Gangguan ini biasanya berlaku pada awal dewasa. Keadaan mula teruk di usia awal dewasa dan secara beransur-ansur bertambah baik seiring bertambahnya usia.
Tanda & Gejala Borderline Personality Disorder
- Ketakutan yang kuat untuk ditinggalkan, bahkan melakukan tindakan yang melampau untuk mengelak perpisahan atau penolakan.
- Corak hubungan yang tidak stabil, seperti mengidolakan seseorang dan kemudian tiba-tiba tidak mempercayai atau peduli.
- Perubahan dalam identiti diri, melihat diri kamu seburuk-buruknya atau seolah-olah kamu tidak wujud sama sekali.
- Tingkah laku impulsif dan berisiko, seperti perjudian, memandu secara semborono, seks bebas, makan berlebihan atau penyalahgunaan dadah, atau mensabotaj kejayaan dengan tiba-tiba berhenti kerja yang elok atau mengakhiri hubungan positif.
- Ancaman atau tingkah laku bunuh diri atau kecederaan diri, selalunya sebagai tindak balas kepada ketakutan perpisahan atau penolakan.
- Perubahan mood berlangsung dari beberapa jam hingga beberapa hari, yang boleh merangkumi kebahagiaan, kerengsaan, rasa malu atau kegelisahan.
- Perasaan kosong yang berterusan.
- Kemarahan yang tak disangka-sangka dan mendalam, atau bertengkar secara fizikal.
- Foto – Newsweeks
Sekiranya kamu menyedari bahawa kamu mempunyai tanda dan gejala di atas, berbincang dengan doktor kamu. Jangan putus asa. Ramai orang bertambah baik dari masa ke masa dengan rawatan rapi.
Dilaporkan Amber Heard turut menghadapi penyakit Borderline Personality Disorder.