Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Berbaloi Ke Beli La Prairie Skin Caviar Yang Berharga RM4,050 Ini?

by Lisa AG
September 23, 2022
Foto - La Prairie

Foto - La Prairie

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Terkejut tengok harga sampai beribu? Ya, La Prairie cukup dikenali dengan produk kecantikan berprestij yang miliki tanda harga cukup lumayan.

Lagi pula dengan kelahiran produk baru yang menyuntik caviar sebagai bahan utama.

Ceritanya begini, saintis La Prairie menjalin kerjasama dengan makmal bioanalisis Switzerland untuk membangunkan ujian yang membolehkan mereka mengenal pasti dan mengira komponen ligamen kulit.

Berdasarkan ini, La Prairie mencipta gabungan bahan-bahan caviar yang ideal, ditambah dengan bahan aktif khas, direka untuk membantu menguatkan dan menegangkan semula kulit dengan jelas. Hasilnya ialah La Prairie Skin Caviar Harmony L’Extrait, kemuncak penyelidikan 35 tahun.

Foto – La Prairie

Keunikan La Prairie Skin Caviar Harmony L’Extrait

Diformulasikan dengan teknologi micro-fluidic sambil memanfaatkan kuasa Caviar Infinite, La Prairie memperkenalkan Skin Caviar Harmony L’Extrait yang berkuasa dan intensif untuk melengkapkan dan meningkatkan ritual Skin Caviar.

Biji-bijian ekstrak mujarab mencair secara halus ke dalam gel apabila digunakan dengan teksturnya berubah menjadi cecair yang ringan dan menyegarkan, serta memberi sensasi tegang serta-merta dan kemasan licin satin. Lama kelamaan, kulit terasa lebih anjal dan penampilan kedutan berkurangan.

Foto – La Prairie

Teruja tak nak letak Skin Caviar di wajah kamu?

La Prairie Caviar Lab @ South Atrium, Gardens Mall

Untuk meraikan pelancaran Skin Caviar Harmony L’Extrait, La Prairie menjemput kamu semua ke Skin Caviar Lab di South Atrium, Gardens Mall dari 19 September – 2 Oktober, di mana kamu boleh menemui dan mengalami dunia La Prairie:

  • Selami penemuan Caviar Science Discovery, yang menampilkan enam detik berbeza dalam perjalanan La Prairie Caviar Science.
  • Kenali lebih lanjut tentang Skin Caviar Harmony L’Extrait seperti yang diperkenalkan olehDr Daniel Stangl, Pengarah Inovasi di La Prairie dengan bilik pameran inovasi.
  • Peluang bergambar di pop-up yang memaparkan landskap Switzerland yang indah.
  • Terokai dan eksperimen di bengkel Seni Formulasi dan perundingan penjagaan kulit dengan Penasihat Kecantikan La Prairie.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LA PRAIRIE (@laprairie)

Untuk mengambil bahagian, sila daftar untuk membuat tempahan awal lawatan di www.lpcaviarlab.com.

La Prairie Skin Caviar Harmony L’Extrait (20ml), RM4,050. Boleh didapati di Isetan KLCC, Isetan Gardens, dan Parkson Pavilion.

Tags: la prairiela prairie skin caviarla prairie skincare
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Berbaloi Ke Beli La Prairie Skin Caviar Yang Berharga RM4,050 Ini?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.