Terkejar masa untuk hidangkan sarapan pagi?
Anda boleh gantikan nasi lemak atau mee goreng dengan ramuan sihat granola sahaja. Ia dah mula jadi menu kegemaran ramai. Lebih lagi untuk anda yang ingin mengawal berat badan dan menjaga pengambilan kalori.
Granola bukan sahaja untuk anda buat sebagai sarapan tapi anda boleh ambil sebagai menggantikan makanan ringan. Ya, granola memang sedap makan kosong. Jadikan snek ketika selepas bersenam atau tengah layan craving.
Menariknya tentang granola, ia bukan sekadar kepingan oat semata-mata. Ia gabungan pelbagai bijiran, kekacang, buah-buahan kering dan pemanis semulajadi seperti madu, gula perang dan sebagainya. Jadi ia sangat lengkap dengan pelbagai fiber, protein, tenaga dan vitamin yang baik untuk kesihatan.

Cara mudah nak nikmati granola ialah anda boleh isikan dengan semangkuk susu atau yogurt kegemaran. Apa yang best tentang granola ia ada tekstur rangup buat kita lagi puas menikmati.
Selain itu, granola boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam salad, biskut, sandwich dan banyak lagi!
Baru nak cuba rasa granola? DIVA kongsi lima jenama terbaik untuk anda nikmati granola pertama anda..
#1 Aik Cheong IT’S Granola Berries Cup 50g [RM6.90]
Kalau anda suka buah-buahan beri masam manis, boleh cuba produk granola baru dari Aik Cheong. Saiz kecil 50g ini boleh dibawa ketika travel atau simpan didalam beg tangan.

#2 Nestle Fitnesse Quinoa Almonds & Chocolate Granola Oats 300g [RM14.09]
Pelengkap sarapan pagi yang mudah! Penuh dengan serat dan kerangupan dari bijiran oat dan buah kranberi. Apa yang best ada manis dari coklat, memang sedap kalau makan dengan susu.

#3 Signature Market Ichigo Strawberry Chocolate Crunch Cereal 300g [RM17.50]
Memang suka citarasa klasik coklat dan buah strawberi? Granola dari Siganture Market antara pilihan yang terbaik. Apa yang buat granola ini lain dari yang lain, ia ada bijiran coco crunch, pumpkin seeds dan sunflower seeds. Serius, tak kedekut bahan!

#4 Mama Cah Kitchen Peanut Butter Banana Granola Oat Crunchy Muesli Healthy Cereal Low Sugar Handmade 250g [RM18.90]
Granola Mama Cah Kitchen sediakan untuk anda yang ingin rasa granola yang klasik handmade. 100% bebas dari bahan pengawet dan 100% dari bahan semulajadi yang menghasilkan granola mentega kacang dan pisang tinggi protein.

#5 Amazin’ Graze Salted Gula Melaka Granola 250g [RM19.90]
Inspirasi dari tekak orang Malaysia, granola Salted Gula Melaka ini paling laris di Amazin’ Graze. Segala bijiran oat, kekacang almond, flaxseeds dan isi kelapa disaluti manis gula melaka. Usah khuatir gula melaka bukan sahaja sedap tapi ia tinggi pottasium, vitamin B dan C.

Selamat menjamu selera!