Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Penangan Audrey Hepburn, LV Speedy Terus Sohor Hingga Kini!

by Indah Aziz
September 24, 2022
Foto - arkib DIVA

Foto - arkib DIVA

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memiliki sebuah beg tangan Louis Vuitton sudah menjadi kemestian bagi penggemar fesyen mewah. Sekurangnya wajib ada satu atau dua dari jenama monogram popular ini.

Namun, tidak semestinya anda kena dapatkan semua jenis koleksi beg tangan LV. Ini kerana kebanyakan ada yang tak menarik atau tidak menyerlah untuk menjadi ikonik. Senang kata, ada yang jadi popular kerana rekaan yang versatil dan sudah tentu boleh dijadikan pelaburan masa akan datang.

DIVA ada cerita menarik tentang salah satu koleksi beg tangan Louis Vuitton yang paling mahsyur iaitu Louis Vuitton Speedy. Teringat satu ketika penulis join live salah seorang penjual beg tangan mewah di Instagram. Ramai betul yang berebut-rebut untuk dapatkan Speedy. Tapi kenapa?

Foto – Bagista

Sebenarnya Speedy tidak begitu popular sewaktu diperkenalkan pada tahun 1930. Setelah 3 dekad berada di pasaran, baru ia mula jadi kegilaan ramai akibat penangan aktress Audrey Hepburn sekitar 60-an.

Audrey Hepburn kerap kali menjinjit Speedy di kotaraya dan sentiasa membawanya ketika travel ke luar negara. Saiz beg Speedy yang digunakan oleh Audrey ialah dari saiz besar 30, 35 dan 40.

Foto – Pinterest

Ternyata Speedy sebuah beg tangan mewah yang boleh dijadikan pelbagai guna. Saiz yang luas, material tahan lasak dan sudah pasti jenama LV sendiri memberi aura gah pada si pemakai.

Peminat fesyen boleh berterima kasih kepada aktress jelita ini, kerana beliau lah kita semua dapat nikmati saiz Speedy yang lebih kecil.

Audrey Hepburn sendiri membuat permintaan kepada Louis Vuitton untuk menghasilkan saiz Speedy yang lebih kecil. Bagi memudahkan beliau untuk membawa Speedy kemana sahaja. Jadi terhasil, LV Speedy 25 yang sehingga sekarang menjadi permintaan ramai.

Foto – Pinterest

Kini anda dapat lihat Speedy antara beg LV yang paling popular, berpatutan dan dapat memberi pulangan jualan semula yang tinggi. Speedy memang tetap akan laku keras dan menjadi sebuah beg tangan yang cukup timeless pada sesiapa sahaja.

Louis Vuitton Speedy 25 Brown [RM6500]

Foto – Louis Vuitton

DIVA suka sekali dengan Speedy, ia amat sesuai untuk gaya street style mahupun casual day. Jika anda suka bawa banyak barang dalam beg tangan, serius dapatkan LV Speedy sekarang!

Tags: louis vouitton speedylouis vuitton audrey hepburnlv speedy
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Penangan Audrey Hepburn, LV Speedy Terus Sohor Hingga Kini!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.