Buat bakal pengantin di luar sana; pemilihn veil yang sesuai adalah penting kerana item ini akan tentukan sama ada kamu akan kelihatan sempurna atau sebaliknya pada hari perkahwinan nanti.
Tak mudah sebenarnya nak pilih veil, lebih-lebih lagi bila tentukan sama ada nak pakai yang pendek atau yang panjang. Di luar sana ada pelbagai jenis veil dan panjangnya pula boleh mengubah suasana perkahwinan kamu .
Sekiranya kamu tidak tahu cara memilih veil yang betul untuk hari perkahwinan nanti, DIVA ada caranya. Scroll di bawah untuk tahu veil mana yang sesuai dengan baju pengantin kamu!
Penting! Pilih Veil Berdasarkan Baju Pengantin
Bukan sekadar rujukan, setiap bakal pengantin perlu tahu bagaimana nak pilih veil yang sesuai apabila sudah ada pakaian pengantin. Oleh itu kalau kamu pakai pakaian pengantin ini, DIVA syorkan untuk padankan bersama dengan veil jenis ini pula…
#1 Untuk pakaian pengantin yang moden
- Foto – Pinterest
Bila memakai pakaian yang moden, jangan sesekali padankan dengan veil vintaj pula ye. Tetapi padankan dengan veil yang moden juga rekaannya seperti short veil, layered veil atau square-cut veil.
#2 Bagi pengantin yang sukakan pakaian vintaj
Sekarang ini ramai yang mula gunakan pakaian pengantin yang retro kerana rekaannya yang timeless. Jadi veil yang sesuai untuk digandingkan bersama adalah bird cage veil kerana ia memberikan suntikan klasik dan retro pada keseluruhan penampilan kamu!
#3 Suka kenakan gaun pengantin yang pendek…
- Foto – Pinterest
Jika gaun pengantin kamu pendek, veil yang perlu kamu kenakan adalah bird cage veil. Tetapi pilih yang panjangnya hanya sekitar 4-9 inci sahaja. Atau pun nak nampak bold semasa hari perkahwinan, kamu boleh kenakan short layered veil okay?
#4 Bagaimana pula kalau pakaian pengantin yang minimalis?
Kalau pakaiannya ringkas, veil yang sesuai untuk dikenakan adalah veil yang mempunyai fabrik satin, sheer atau light lace. Bukan sahaja nampak minimalis, veil jenis ini akan buatkan pengantin nampak lebih menarik!
#5 Jika pakaian dipenuhi dengan banyak hiasan (sulaman manik dan sebagainya)
- Foto – Pinterest
Sekiranya pakaian sudah dipenuhi dengan manik atau perhiasan lain, DIVA nasihatkan untuk kamu pilih veil yang gayanya minimalis. Atau pun, kenakan veil yang mempunyai sedikit hiasan kristal serta manik untuk tonjolkan diri semasa hari perkahwinan.
Selamat beramal!