Triumph terus unggul dalam mencipta pakaian dalam yang terbaik untuk wanita.
Menerusi Musim Luruh/Sejuk 2022, Triumph memperkenalkan koleksi Triumph Flex Smart yang inovatif.
- Foto – Triumph
Konsep pakaian dalam yang mengikuti pergerakan unik tubuh wanita. Selari dengan komitmen keraikan keunikan semua wanita, Triumph menitik beratkan kebolehsesuain dalam inovasi produknya.
Reka bentuk Flex Smart memberikan kebebasan sepenuhnya kepada wanita kerana ia bergerak dan melentur mengikut bentuk badan bagi memenuhi apa jua peranan dalam kehidupan mereka.
Ini yang unik pada Triumph Flex Smart
- Foto – Triumph
- Sisipan flex pada posisi yang mengikuti pergerakan tubuh dan mampu berubah suai untuk memberikan sokongan, di samping memberikan sentuhan feminin dan sensual.
- Menyediakan sokongan harian buat wanita dengan gaya hidup sibuk yang berulang-alik dari rumah ke pejabat, dari kelas senaman ke sesi santai, mahupun melakukan senaman regangan.
- Bra tanpa wayarnya menampilkan fabrik ultra ringan dengan keupayaan mengawal suhu serta ‘cup’ tanpa kedut, memudahkannya untuk digulung, disimpan atau dikemas.
- Pinggir garis leher infinitinya terletak hampir pada badan, manakala kemasan licin pula menjadikannya tidak kelihatan di bawah pakaian.
- Dipasangkan bersama seluar dalam Maxi dengan potongan ergonomik, ia menyerlahkan bentuk badan dan melentur mengikut pergerakan.
- Foto – Triumph
- Foto – Triumph
Flex Smart turut menampilkan baju dalam dan bra tanpa wayar ‘pull on’, baju lengan panjang dan seluar legging, kesemuanya menampilkan sisipan flex yang mengikuti pergerakan dengan sempurna.
Terdapat dalam S hingga ke XL, ia didatangkan dalam pelbagai warna termasuk Stone, Morandi Grey, Soft Mauve dan Aubergine.
Harga rangkaian Triumph Flex Smart bermula daripada RM89.90. Untuk melihat koleksi lengkap, layari: www.my.triumph.com/pages/triumph-flexsmart.