Buat wanita yang memerlukan sokongan atau kata-kata semangat dalam kehidupan; DIVA ada beberapa quotes yang boleh memberi inspirasi pada kamu.
Hayati makna di sebalik quotes oleh selebriti wanita terkenal ini untuk bantu salurkan tenaga positif dalam diri supaya menjadi lebih yakin dan kuat dalam kehidupan.
Scroll di bawah;
- Foto – Pinterest
“Saya suka berpakaian kemas, pastikan rambut cantik dan pakai maskara. Saya bersiap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri. Apa yang lebih penting, saya tidak akan hidup untuk orang lain atau ubah diri sendiri untuk puaskan orang lain.” – Winnie Harlow, model Kanada yang menghidap vitiligo.
- Foto – Pinterest
“Jadi diri sendiri, cintai apa yang kamu ada dan jadilah lebih baik (untuk diri sendiri atau orang lain). Berikan kasih sayang, kebaikan pada orang sekeliling dan percayalah perkara itu akan sentiasa kembali pada kamu.” – Lady Gaga.
- Foto – Pinterest
“Saya mahu setiap wanita berasa yakin; tak kira apa saiz badan, warna kulit, personaliti, kewarganegaraan atau budaya. Saya mahukan setiap wanita berasa yakin dan seksi kerana itulah diri kita. Dan kita berhak untuk merasakannya.” – Rihanna, selebriti dan pengasas Fenty, Fenty Beauty/Skin.
IKLAN
- Foto – Pinterest
“Kepada wanita yang bakal jadi pemimpin masa depan, ketahuilah kamu adalah penggerak dunia dan saya melihat kerja keras kamu. Kamu adalah segala-galanya yang dunia perlukan.” – Beyonce.
- Foto – Pinterest
“Anda tak perlu menjadi terbaik untuk berjaya. Yang penting jangan putus asa dan terus lakukan yang terbaik. Anda sentiasa perlu tahu bahawa diri anda adalah berharga dan anda mempunyai sesuatu dalam diri anda.” – Jennifer Lopez, isteri Ben Affleck.
- Foto – Pinterest
“Jangan biarkan sesiapa memberitahu kamu apa yang boleh dan tidak boleh lakukan. Jangan benarkan sesiapa berbuat demikian. Ia sangat salah, jadilah apa yang kamu mahukan.” – Emma Watson.
- Foto – Pinterest
“Jika saya boleh mengatakan satu perkara kepada kamu, ia akan menjadi ‘berehat’, semuanya akan baik-baik saja.” – Oprah Wifrey.
- Foto – Pinterest
“Inilah adalah pencapaian terbesar dalam hidup saya. Saya tahu siapa saya, saya suka apa yang saya lakukan. Saya suka kesilapan dan saya suka belajar daripadanya. Tak salah belajar dari kesilapan kerana kamu akan lebih berkembang dan maju daripada itu.” – Zoe Saldaña, pelakon filem Avatar.
Selamat beramal!