Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

‘Wet Skin’ Mula Hiasi Pentas Fesyen, DIVA Ada Cara Untuk Sertai Trend Itu

by Soph.Azz
September 21, 2022
Foto - Just Jared

Foto - Just Jared

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sebaik sahaja Minggu Fesyen New York Musim Panas/Bunga 2023 berlangsung baru-baru ini; perkara pertama yang DIVA lakukan adalah ‘scan’ setiap makeup look yang dikenakan oleh model-model.

Untuk kali ini, makeup artist lebih berfokus pada trend ‘Wet Skin’ look iaitu penghidratan ‘secara’ semula jadi .

Dimulakan oleh makeup artist Diane Kendal untuk jenama Proenza Schouler, ‘Wet Skin’ ini menghasilkan solekan dewy dan glowy-finish look. Perkara pertama untuk lakukan solekan ini, kamu perlu pastikan setiap satu solekannya nampak minimalis sehabis mungkin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diane Kendal (@diane.kendal)

Mungkin ada yang tak boleh bayangkan atau tak tahu bagaimana nak lakukannya. Jangan risau kerana dalam lima langkah mudah ini, DIVA akan ajar kamu bagaimana untuk lakukan solekan ‘Wet Skin’ ini!

#1 Apa-apa pun mula dengan primer dulu!

Foto – Elemis / Sephora
  • ELEMIS Pro-Collagen Insta-Smooth Primer (RM340) / BOBBI BROWN Vitamin Enriched Face Base- Moisturizer and Primer (RM437)

Pertama sekali untuk mulakan solekan ‘Wet Skin’, kamu perlu gunakan primer sebagai base dulu ye. Primer ini bukan sahaja untuk mengunci look kamu, malah ianya dapat berikan kesan glowy dan penghidratan yang cukup pada kulit.

#2 Pastikan guna skin tint

Penting untuk kamu tahu- Jangan sesekali gunakan matte foundation atau powder foundation kerana ia akan gelapkan wajah kamu untuk suatu ketika.

Foto – Sephora / Chanel
  • RARE BEAUTY Positive Light Tinted Moisturizer SPF 20 (RM142) / CHANEL Les Beiges Water Fresh Teint (RM265)

Sebagai pengganti, kamu boleh gunakan skin tint yang mengandungi minyak wajah dan sunscreen dalam satu produk. Kandungan minyak wajah dalam skin tint tidak akan buatkan wajah kamu nampak berminyak kerana penggunaan primer sebelum ini akan mengurangkan penghasilannya.

#3 Cipta asas ala-ala lepas berjemur

Foto – Revolve / Sephora
  • CHARLOTTE TILBURY Hollywood Beauty Light Wand (RM179.24) / NUDESTIX Nudies Glow All Over Face Color Bronze & Glow (RM145)

Seterusnya kamu perlu cipta look seperti baru lepas berjemur; sunkiss dan kemerah-merahan seperti terbakar. Menggunakan liquid bronzer, sapukan di bahagian atas tulang pipi, batang hidung dan sekitar garis rambut kamu. Kemudian blend menggunakan hujung jari, span atau pun berus.

#4 Lebih banyak blusher, lebih bagus!

Foto – Sephora / Dior
  • FENTY BEAUTY Cheeks Out Freestyle Cream Blush (RM108) / DIOR Backstage Rosy Glow (RM180)

Nak cipta ‘Wet Skin’ ini memang tak akan lengkap kalau tiada blusher ye. Jadi sapukan blusher di sekitar tulang pipi, pipi dan sedikit di atas hidung. Pastikan ianya tak nampak seperti dibuat-buat tetapi semula jadi seperti kesan selepas berjemur di bawah matahari.

#5 Akhirkan dengan highlighter

Foto – Revolve / Sephora
  • CHARLOTTE TILBURY Pillow Talk Multi-Glow Highlighter (RM201.65) / FENTY BEAUTY Diamond Bomb All-Over Diamond Veil (RM178)

Sebagai langkah terakhir, pastikan kamu menggunakan highlighter dengan cukup pada wajah. Sama ada bertekstur cecair atau bedak, ambil sedikit dan sapukan pada tulang pipi, collarbone dan cupid’sbow. Dan siap!

Selamat mencuba!

FILED UNDER proenza schoulerwet skin makeup lookwet skin trend
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.