Walaupun Lady Diana Spencer telah lama meninggalkan kita semua. Tapi aura, fesyen serta gaya hidup beliau kekal hingga ke hari ini.
Gaya Lady Diana telah melampaui masa dan trend dan akan terus memberi inspirasi kepada pereka dan selebriti.
Berikut selebriti yang mengenakan OOTD ilham Diana ketika karpet merah dan fesyen jalanan. Kamu rasa mana yang cantik, atau tak boleh lawan Diana?
IKLAN
Lady Diana mengenakan gaun baldu untuk makan malam gala di White House pada tahun 1985. Angelina Jolie kemudiannya meniru fesyen ikonik di BAFTA 2018.
- Foto – Pinterest
Model Emily Ratajkowski kata dalam temubual 2019 bahawa dia menjadikan Lady Diana sebagai inspirasinya.
- Foto – Pinterest
Gigi Hadid mengenakan OOTD olahraga Ralph Lauren, meningatkan kita pada stail yang sama Lady Diana tahun 1985.
- Foto – Pinterest
Hailey Bieber inspirasi gaya kasual Lady Diana menyarung sweater dan cycling short dalam Vogue Paris.
- Foto – Pinterest
Pada tahun 2019, Harry Styles memakai vest cetakan kambing biri-biri. Stailnya disamakan dengan sweater Lady Diana.
- Foto – Pinterest
Pelakon Marisa Tomei mengenakan dress warna-warni ala Lady Diana pada Anugerah Emmy 2019.
- Foto – Pinterest
Pada 1989, Lady Diana memakai skirt dan cardigan merah-ungu. Kini, Meghan Markle pula mengayakan dress dan blazer color-blocking.
- Foto – Pinterest
Rihanna pernah memberitahu pengaruh Lady Diana dalam fesyennya. Tahun 2015, Rihanna curi ilham Puteri Diana dengan menyarung slip dress gelap yang popular.
- Foto – Pinterest
Bila dilihat, fesyen sekarang sudah lama digayakan oleh Lady Diana. Ternyata beliau yang memulakan trend terlebih dahulu dan orang sekarang recycle semula.
Dalam banyak-banyak stail Lady Diana, penulis paling gemar stail polkadot. Every OOTD just nice on her body.