Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Kenapa Linen Jadi Bahan Popular Dalam Pembuatan Pakaian Ketika Ini?

by Soph.Azz
September 20, 2022
Foto - Harpers Bazaar

Foto - Harpers Bazaar

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memandangkan Malaysia kerap mengalami cuaca yang panas, ramai orang mula kenakan pakaian berfabrik linen. Sama ada baju, skirt, seluar hingga ke kardigan, fabrik ini sangat selesa dan sejuk!

Kalau kamu nak tahu, fabrik linen ini juga banyak digunakan dalam pembuatan perabot dan juga aksesori rumah tau.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa istimewanya fabrik ini sehingga banyak jenama besar seperti Michael Kors, Mansur Gavriel, Mango dan banyak lagi menggunakan fabrik linen. DIVA ada jawapannya untuk kamu yang mahu tahu kenapa linen sangat popular ketika ini.

Sebelum itu, kenali fabrik linen dulu…

Fabrik linen yang popular ini diperbuat daripada gentian yang berasal dari batang tumbuhan ramai. Linen sendiri berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘Linum Usitatissimum’.

Foto – Pinterest

Tahan kuat, tahan lama, sangat ringan dan cepat kering, fabrik linen ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang cepat berpeluh!

IKLAN

Bukan sahaja digunakan untuk hasilkan pakaian, fabrik linen turut digunakan untuk mencipta kelengkapan rumah. Dan paling biasa dilihat ada serbet, alas meja, langsir, sarung bantal dan cadar.

Apa manfaat kalau guna fabrik linen dalam pakaian?

Kalau zaman dulu, linen ini kebanyakannya dipakai oleh golongan bangsawan, kerabat diraja dan raja sendiri. Tetapi semakin zaman berubah, semua orang boleh memakai pakaian berfabrik linen.

Foto – Pinterest

Untuk pengetahuan kamu, fabrik linen adalah fabrik terbaik untuk dipakai ketika cuaca panas kerana;

  • Ketahanan yang lebih kuat daripada kapas, tidak akan hilang bentuk dan boleh dipakai dalam jangka masa yang lama.
  • Mudah dijaga dan boleh dibasuh menggunakan mesin tetapi tak boleh gunakan peluntur kerana ia akan merosakkan fabrik.
  • Selesa dipakai kerana direka bentuk longgar serta fabrik linen adalah ringan, breathable dan cepat menyerap kelembapan.
  • Fesyen mampam kerana ia mesra alam memandangan linen boleh dikitar semula dan dikompos.

Cuba kongsikan dengan DIVA, apa pakaian linen yang kamu ada?

Tags: kenapa linen popularmaterial linenpakaian linen
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Kenapa Linen Jadi Bahan Popular Dalam Pembuatan Pakaian Ketika Ini?

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.