Tak dinafikan ramai yang terkejut dan teruja selepas mendengar berita daripada syarikat AirAsia baru-baru ini.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia mendedahkan setiap tetamunya boleh menikmati jualan terbesar yang menawarkan 5 juta tempat duduk percuma. Ye percuma tau!
Sehingga 25 September 2022; setiap tetamu boleh menikmati tawaran tambang penerbangan tiada tandingan untuk destinasi di seluruh Asean dan lain-lain. Tempoh perjalanan pula di antara 1 Januari 2023 hingga 28 Oktober 2023.
Jualan tempat duduk percuma ini tersedia untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa di seluruh ASEAN; termasuklah Langkawi, Penang, Johor Bahru, Krabi, Phu Quoc dan Singapura.
- Foto – @airasiasuperapp (IG)
- Penerbangan domestik merangkumi tambang termasuk semua daripada RM23.
- Manakala penerbangan rantau ASEAN pula tambang termasuk semua daripada RM54 (termasuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Nak melancong jauh daripada destinasi ditetapkan pula bagaimana?
Untuk mereka yang mahu melancong lebih jauh; jualan ini juga tersedia bagi AirAsia X dan Thai AirAsia X untuk penerbangan ke Korea Selatan (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland) dan India (New Delhi).
Tambang termasuk semua sehala daripada RM499 (tempat duduk ekonomi) dan RM1499 (tempat duduk Premium Flatbed). Tempoh perjalanan pula antara 3 Oktober 2022 dan 28 Oktober 2023.
- Foto – @airasiasuperapp (IG)
Manakala penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah dan ke Jepun (Haneda dan Sapporo) pula akan dilancarkan pada November serta Disember tahun ini. Dan kamu boleh menempah bermula sekarang tau!
- Kuala Lumpur ke Jeddah: Bermula 14 November (6 kali seminggu) dengan tambang termasuk semua bermula RM1799 (ekonomi) dan RM299 (Premium Flatbed). Tempoh perjalanan pula antara 14 November 2022 hingga 25 Mac 2023.
- Kuala Lumpur ke Haneda: Tambang termasuk semua sehala daripada RM599 (ekonomi) dan RM2599 (Premium Flatbed) untuk tempoh perjalanan antara 21 November 2022 hingga 24 Mac 2023.
- Kuala Lumpur ke Sapporo: Tambang termasuk semua sehala daripada RM599 (ekonomi) dan RM2599 (Premium Flatbed) untuk tempoh perjalanan antara 1 Disember 2022 hingga 1 Februari 2023.
Promosi tempat duduk percuma ini tersedia di aplikasi AirAsia Super App dan laman web [TEKAN SINI] sehingga 25 September 2022.