Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Jangan Campurkan Produk Salicylic Acid Dengan Bahan-Bahan Ini…

by Lisa AG
September 19, 2022
Foto - The Skincare Edit

Foto - The Skincare Edit

70
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Banyak kali kita dengar akan kehebatan Salicylic Acid untuk jerawat, tapi tahukah kamu bahan aktif ini sama sekali tidak boleh dicampurkan sesuka hati. Kenapa? Hanya akan memburukkan lagi tekstur kulit kamu, dan DIVA pasti ramai yang tak mahukan perkara ini terjadi.

Jadi, jika kamu ingin mengetahui lebih lanjut tentang bahan-bahan yang tidak boleh dicampur dengannya, teruskan pembacaan.

Dipetik dari Procoal, Salicylic Acid adalah salah satu Beta Hydroxy Acid (BHA) yang paling banyak digunakan untuk pengelupasan kimia larut minyak. Ia berasal daripada kulit kayu willow dan berkesan sebagai ramuan penjagaan kulit berjerawat.

Jenis kulit berminyak dan mudah berjerawat umumnya mendapat lebih banyak manfaat daripada menggunakan Salicylic Acid berbanding kulit kering atau sensitif. Hal ini disebabkan oleh fakta saiz molekul Salicylic Acid lebih kecil daripada asid lain dan akan menjangkau lebih jauh ke dalam kulit.

Sebab itulah Salicylic Acid boleh menjadi terlalu kuat untuk jenis kulit tertentu dan menyebabkan beberapa tanda kekeringan, kerengsaan dan kemerahan.

Bahan aktif yang tidak boleh dicampurkan dengan Salicylic Acid

  • Retinol

Menggabungkan kedua-dua bahan ini akan memburukkan lagi keadaan kulit kamu, mengakibatkan kekeringan, iritasi dan sensitif. Hal ini kerana fungsi utama bahan ini adalah untuk mengelupas, perkara yang sama untuk retinol juga.

Foto – Healtline

Jika kamu ingin menggunakan kedua-dua bahan ini dalam rutin, cuba gunakan pencuci muka atau toner yang mengandungi Salicylic Acid untuk AM, dan gunakan Retinol untuk PM. Jadi, ia dapat mengelakkan sebarang kerengsaan berlaku pada kulit.

  • Glycolic Acid

Kedua-dua bahan ini tidak boleh digunakan bersama kerana kedua-duanya menanggalkan sel kulit mati. Menggunakan kedua-duanya boleh menyebabkan banyak kerengsaan dan merosakkan skin barrier kamu.

Foto – Glow with Nishi

Idea DIVA, apabila menggunakan bahan-bahan ini, sebaiknya guna pada waktu yang berbeza dalam sehari. Mungkin Salicylic Acid digunakan pada waktu malam kerana ia mampu meresap lebih jauh ke dalam kulit dan menyingkirkan sebarang bakteria dan kekotoran dalam pori.

Tapi paling baik, pilih salah satu yang betul-betul elok dengan kulit.

Kesimpulannya, apabila melapis bahan-bahan penjagaan kulit terdapat satu faktor yang kamu mesti sentiasa ingat, iaitu tahap pH yang rendah.

Tags: bahan-bahan aktifsalicylic acid
Share28SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jangan Campurkan Produk Salicylic Acid Dengan Bahan-Bahan Ini…

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.