Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Galak Berfesyen Phoebe Gates, Anak Jutawan Microsoft Jadi Tumpuan Di Instagram!

by Indah Aziz
September 17, 2022
Foto - BroBible

Foto - BroBible

28
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam diam, rupanya manusia terkaya di dunia ini mempunyai dua orang anak perempuan yang cukup jelita dan bijak. Tapi DIVA cukup tertarik dengan anak bongsunya iaitu Phoebe Adele Gates. Dimana baru-baru ini menjadi bualan internet apabila membuat kemunculan bersama bapanya di karpet merah, Malam Gala 100 TIMES.

Phoebe kelihatan cukup anggun dengan busana gemerlapan koleksi Fendace iaitu gabungan Fendi by Versace.

Foto – Getty Images

Gadis muda usia 20 tahun ini sedang menyambung pelajaran di Universiti Standford. Belum ada maklumat sahih tentang jurusan yang diambil oleh si cantik manis ini. Jika dilihat dahulu semasa di bangku persekolahan, Phoebe sangat aktif dalam bidang seni terutamanya tarian balet.

Kalau dahulu, Bill Gates dan bekas isteri, Melinda sangat menjaga privasi keluarga. Memang sukar untuk media mendapatkan bayang-bayang wajah anak-anak mereka. Namun kini, dengan penggunaan media sosial. Semua itu sudah mustahil!

Foto – Instagram / @phoebegates

Phoebe Gates cukup aktif di laman Instagram setelah membuat posting pertama pada 2019. Agaknya cukup umur 18 tahun baru dapat pelepasan dari ibu dan bapanya. DIVA teka jer tau!

Apa sahaja berkaitan fesyen dan isu hak wanita pasti dimuatnaik. Bukan sahaja menayang outfit yang dipakai tapi bahagian kapsyen pasti menyelit perkembangan dan motivasi terhadap kaum wanita. Phoebe bijak menggunakan kuasa media sosial untuk menyuarakan pandangan dan kesedaran terhadap pelbagai isu.

Kalau bab fesyen pula, Phoebe lebih terarah kepada mengangkat sustainable fashion. Dia rajin mempromosi jenama fesyen yang mengfokuskan bahan kitar semula.

Foto – Instagram / @phoebegates

Biarpun lahir dengan sudu emas, Phoebe dan adik-beradiknya yang lain dikatakan hanya mungkin tidak mewarisi kekayaan atau hanya 1%?

Bapa mereka, Bill Gates cukup sekadar menyara untuk pengajian supaya mereka dapat bekerja dan menyara kehidupan sendiri. Ini kerana Bill mahu menyerahkan segala kekayaannya sebagai sumbangan amal.

BACA:  Bernikah Secara Islam! Ini 4 Fakta Perkahwinan Anak Perempuan Bill Gates
Foto – Pinkvilla

Apa pendapat kamu tentang Phoebe?

FILED UNDER anak bill gatesinstagram phoebe gatessiapa phoebe gates
Share11SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.