Kalau buka sahaja laman sesawang rasmi giambattistavalli.com seolah berada didalam buku cerita klasik puteri diraja. Sarat dengan eleman feminin, floral, kilauan dan sudah tentu dramatis gaun kembang.
Buah fikiran Giambattista Valli memang sentiasa segar dan menjadi igauan ramai. Bukan sahaja untuk acara karpet merah untuk para selebriti. Ia meriah dengan pelbagai rekaan untuk pengantin, majlis kasual atau sekadar hanya untuk menghadiri majlis makan malam.
Setiap busana dari jenama ini pada pandangan DIVA bijak menyerlahkan sisi kewanitaan lebih lagi setiap si pemakai terasa di awang-awangan.
Berikut beberapa gaun Giambattista Valli buat hati DIVA meruntun dan ingin turut menyarung!
Gaun kembang lengan panjang warna pucuk pisang cukup menarik perhatian. Bahagian lisu ropol membawa aura manis ditambah pula lilitan reben dipinggang. Fabrik tulle jelas tidak ketinggalan, ia dirangka dalam gaun untuk kesan dramatik.

100% princess mood! Gaun yang sarat dengan fabrik tulle terlihat kemas. DIVA suka bahagian baju dan badan yang terlihat seperti dililit. Ia sekaligus menonjolkan bentuk tubuh si pemakai.

Antara gaun dengan cetakan bunga-bungaan pilihan DIVA! Ropol besar pada bahu dan layah belakang skirt gaun menampilkan kelaianan yang tersendiri. Bahagian skirt hadapan pula wajib ikonik bunga tulle Giambattista Valli.

Siapa yang fun dan berani, ini gaun yang terbaik untuk kamu! Cukup mengagumkan jahitan padat tulle dari Giambattista Valli seolah kelopak bunga. Gaun ini umpama memakai satu jambangan bunga.

DIVA dapat bayangkan pasti setiap mata di majlis terarah kepada kamu bila memakai gaun anggun ini. Gabungan warna ungu violet membangkitkan aura seksi dan jelita pada masa yang sama. Gaun potongan rendah dan layah skirt belakang dipenuhi kelopak bunga yang beralun mengikut rentak.

Ada yang dah jadi angan-angan kamu tak? Kongsikan dengan DIVA!