Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Dior, Chanel Atau..? Pilih Vanity Bag Mewah Baru Untuk Alat Solek Kamu

by Indah Aziz
September 17, 2022
Foto - The Beauty Look Book

Foto - The Beauty Look Book

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Vanity bag atau beg solek sudah pasti wajib untuk wanita yang gemar berdandan dimana sahaja. Beg kecil molek ini harus dibawa dan sentiasa ada setiap masa. Ia akan dipenuhi pelbagai alat solek dan produk penjagaan wajah. Senang kata, orang perempuan mesti ada beg ekstra seperti beg solek ini.

Mungkin ada yang sekadar suka beg solek ‘biasa-biasa’ tapi buat anda yang gemar kepada jenama mewah eksklusif. DIVA ada beberapa vanity bag mahal yang bukan sahaja untuk menyimpan alat solek tapi dibawa keluar OOTD. Yup, beg solek begini boleh multitasking tau!

Ini antara yang DIVA cadang untuk anda pilih…

#1 Chanel Vanity with Chain

DIVA pun rambang mata sebenarnya kalau lihat koleksi vanity bag Chanel. Tapi DIVA pilih yang ini sebab ia bersaiz melintang panjang, sesuai untuk menyimpan berus solek, palet pembayang mata dan produk-produk skin-care. Bahagian luar dan dalam beg juga tersedia poket khas untuk ruang simpanan lebih.

Foto – Chanel

#2 Dior DIORTRAVEL Vanity Case

Peminat Dior, memang wajib ada satu vanity bag elegan yang dihiasi monogram Christian Dior. Ruang penyimpanan yang luas, lengkap bersama 3 poket dalaman dan paling penting boleh matching dengan tote bag DIORTRAVEL yang lain!

Foto – DIOR

#3 Louis Vuitton Vanity PM Monogram

Sejak dilancarkan musim Spring-Summer 2020, beg kecil LV ini jadi tumpuan kerana ia juga sesuai untuk digayakan sebagai beg fesyen. Kulit coklat yang dihiasi monogram ikonik LV dan dipadankan bersama tali panjang hitam serta mangga emas. Agak-agak yang baru nak labur beg LV, boleh ambil yang ini. Dua dalam satu!

Foto – Louis Vuitton

#4 Longchamp Le Pliage Pouch with handle

Siapa tak kenal dengan jenama beg berjenama tahan lasak ini, Longchamp. DIVA memang cukup gemar material Longchamp Le Pliage yang kalis air dan tidak mudah kotor. Jadi koleksi Le Pliage Pouch versi mini ini amat sesuai untuk digantikan sebagai vanity bag.

Foto – Longchamp

Okay, anda dah berangan nak yang mana? Kongsikan dengan DIVA…

FILED UNDER beg mekapbeg mekap eksklusifjenama vanity bag
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.