Pernah tak kamu fikir kenapa mereka yang pakai skirt, nampak cantik dan terletak elok saja di badannya. Tapi kalau diri sendiri yang pakai, hmm… Nampak sangat pelik dan tak sesuai pun ada.
Kalau kamu nak tahu, situasi itu berpunca daripada memilih skirt yang tidak sesuai mengikut bentuk badan kamu.
Dan untuk elak daripada memilih skirt yang hanya cantik di mata kamu, apa kata sekarang ini kamu pula yang pilih jenis skirt yang sesuai ikut bentuk badan kamu.
Nak tahu caranya, baca sampai habis!
Kalau miliki badan yang petite
Wanita yang memiliki bentuk badan yang petite atau kecil, skirt yang sesuai untuk kamu adalah mini skirt atau skirt A-line yang pendek. Dan sebaik-baiknya elak memilih corak yang berjalur menegak dan skirt yang terlalu ketat kerana kamu akan nampak lebih kurus, cengkung dan kecil daripada sebelumnya.
- Foto – Pinterest
Jenis skirt ini adalah terbaik kerana ia dapat mendedahkan kaki, menampakkannya lebih panjang dan tinggi.
Bagi wanita bersaiz besar pula
Pilih high-waisted skirt yang berona gelap kerana ia akan membantu untuk ‘menyamarkan’ bentuk badan kamu; nampak lebih langsing. Nak nampak lebih kurus, pakai tali pinggang untuk highlight bentuk pinggang kamu.
- Foto – Pinterest
Paling penting, elak pakai skirt ruffles kerana ia akan buatkan pinggang kamu nampak kecil dan pinggul menjadi lebih besar.
Bentuk badan seperti buah pir
Bagi kamu yang memiliki pinggul yang lebar dan bahu yang kecil atau sempit, skirt A-line adalah padanan yang sesuai. Nasihat DIVA, pilih skirt yang tutup lutut kamu ye untuk menjadikan bentuk badan lebih langsing.
- Foto – Pinterest
Skirt A-line mempunyai garis pinggang yang kecil, menjadikan kamu nampak lebih langsing dan kurus. Elak pakai skirt jalur mendatar kerana pinggul akan nampak sangat besar.
Jika bentuk badan epal
Bentuk badan epal adalah mereka yang memiliki lebar bahu yang sama lebar dengan pinggung. Manakala kakinya pula kecil. Jadi skirt yang sesuai adalah high-waisted ruffle skirt.
- Foto – Pinterest
Skirt jenis ini membuatkan pinggang kamu kelihatan lebih kecil dan memberikan keseimbangan badan yang sempurna.
Mereka yang memiliki bentuk segi empat
- Foto – Pinterest
Lebar bahu, dada, pinggang dan pinggul adalah sama bagi mereka yang berbentuk segi empat. Jadi skirt yang patut dipakai oleh mereka adalah slim skirt atau mini skirt dengan pinggang yang ramping untuk tonjolkan lengkungan badan.
Akhir sekali bentuk jam pasir
Paling diidamkan oleh semua wanita, badan berbentuk jam pasir ini mempunyai lebar bahu dan pinggul yang sama; menjadikan pinggang nampak kecil seperti jam pasir.
- Foto – Pinterest
Skirt yang patut dipakai oleh mereka memiliki bentuk badan ini adalah exam skirt, pencil skirt atau straight-cut skirt kerana ia akan lebih ‘compliment’ bentuk badan jenis ini.
Selamat beramal!