DIVA nak tanya, sudahkah kamu senyum hari ini?
Nak ukirkan senyuman di wajah bukanlah satu perkara yang susah dan rumit. Dalam masa sehari, kamu perlu senyum sekurang-kurangnya sekali. Ini kerana senyuman dapat berikan banyak kebaikan pada kesihatan kamu tau!
Dan berdasarkan pembacaan DIVA sendiri, ada beberapa pakar mendedahkan kita perlu memaksa diri untuk senyum setiap hari walaupun berada tengah bad mood. Nak tahu apa sebebanya, baca perkongsian di bawah;
Wajah makin awet muda
- Foto – Pinterest
Perasan tak bila kita senyum, mood akan mudah berubah menjadi lebih ceria dan seronok. Apabila kamu berasa gembira, wajah akan kelihatan lebih muda kerana senyuman merupakan senaman ringan yang dapat kekalkan kepejalan kulit wajah.
Risiko tekanan dapat dikurangkan
Salah satu penyelesaian untuk kurangkan tekanan adalah senyuman. Senyuman secara tidak langsung boleh kurangkan risiko tekanan dan kemurungan yang teruk.
Diri akan rasa lebih gembira dan bahagia
Daripada rasa sedih, kecewa atau pun tertekan, apabila kita senyum badan akan jadi lebih selesa dan kurang tekanan. Sama ada kamu sedar atau tidak, senyuman akan buatkan badan berasa lebih baik dan tidak memikirkan perkara yang buatkan kamu kecewa.
Daya tahan sistem imun akan jadi lebih baik
Sebab keempat kenapa kamu perlu memaksa diri untuk senyum adalah ia dapat meningkatkan daya tahan badan. Pakar mendedahkan orang yang sentiasa gembira ini akan mempunyai kesihatan yang terbaik.
- Foto – Pinterest
Sistem imun mereka juga akan menjadi lebih baik kerana senyuman mengeluarkan hormon gembira yang jadikan badan serta minda lebih sihat.
Bila senyum, kamu automatik nampak cantik!
- Foto – Pinterest
Tak dinafikan lagi, bila tersenyum kamu akan nampak lebih cantik dan menarik ye. Bila seseorang tersenyum, riak wajahnya akan nampak sangat tenang, gembira hingga membuatkan orang sekelilingnya rasa sangat selesa.
Nasihat DIVA walaupun hari kamu tidak baik dan gembira, cuba paksa diri untuk senyum okay?