Seorang yang setia dalam fesyen!
Kesetiaan mendiang Ratu Elizabeth II dapat dilihat dalam komitmen terhadap jenama kegemarannya. Daripada beg tangan, kasut slip-on dan banyak lagi.
Nak tahu apakah barang fesyen kegemaran Ratu Elizabeth II? DIVA kongsikan beberapa barangan kegemarannya sepanjang hidupnya. Scroll di bawah;
TUDUNG
Sejak usianya muda lagi hingga kini, Ratu Elizabeth II menjadi pengumpul tudung dalam rekaan sutera. Ratu akan memakai tudung ini apabila menghadiri acara sukan atau aktiviti luar.
- Foto – Pinterest
Koleksinya terdiri daripada cetakan grafik 60-an, paisley, bunga tradisional dan corak anjing (tanda terima kasih pada haiwan kesayangannya). Jenama kegemarannya pula adalah Hermès tetapi Ratu juga mempunyai beberapa helai tudung daripada Cornelia James.
BEG TANGAN
Percaya atau tidak, Ratu Elizabeth II mempunyai beg tangan kesayangan yang dipakainya lebih daripada 50 tahun. Beg tangannya itu direka khas dengan ciri-ciri yang eksklusif oleh jenama Inggeris, Launer.
IKLAN
- Foto – Pinterest
Menurut sumber, tali beg tersebut direka panjang sedikit untuk disesuaikan dengan keselesaan. Dan Ratu Elizabeth II juga dikatakan memiliki 200 koleksi beg tangan Launer tetapi hanya dua rekaan sahaja yang jadi kegemarannya.
KASUT SLIP-ON
Selama 50 tahun, Ratu Elizabeth II telah memakai gaya kasut yang sama, dibuat menggunakan tangan oleh Anello & Davide. Kasutnya ini diperbuat daripada kulit anak lembu yang terbaik, biasanya dalam paten hitam dengan pengapit tembaga.
- Foto – Pinterest
Bersaiz 4 dengan tumit 21/2 inci, Ratu Elizabeth II akan memakai kasut tersebut berulang kali dan dikemaskan apabila ia menjadi haus.
SARUNG TANGAN
Sentiasa mengenakan sarung tangan ketika menjalani tugas diraja, di mana Ratu Elizabeth II akan berjabat tangan dengan ramai orang. Tujuaan sarung tangan ini adalah untuk berhati-hati tentang pemindahan kuman di antara tangan.
- Foto – Pinterest
Pembuat sarung tangan kegemaran Ratu Elizabeth II; Cornelia James akan menghasilkan sarung tangan yang diperbuat daripada kapas tulen dengan kemasan suede atau jersi Swiss yang lebih ringan.
Sarung tangan beliau direka khas untuk menampilkan enam inci dari ibu jari ke pergelangan tangan – cukup panjang untuk melindungi pergelangan tangan Ratu Elizabeth II.
Tak sangka pula kan Ratu Elizabeth II ada item kegemarannya sendiri?