Selain sedap diminum, secawan kopi dapat meningkatkan tenaga dan metabolisme dalam badan kamu. Dan secara tak langsung, kopi mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kulit juga tau!
Kopi kaya dengan antioksidan yang boleh melawan radikal bebas yang telah merosakkan kulit.
Dalam entri ini, DIVA akan ajar kamu cara gunakan kopi di atas wajah. Salah satunya adalah mask kopi. Senang dibuat dan hanya gunakan bahan-bahan ini sahaja;
Untuk Rawat Jerawat…
Untuk pengetahuan kamu, mask kopi boleh membantu membuang sel kulit mati yang menyebabkan jerawat. Ini kerana kopi mengandungi asid klorogenik yang boleh kurangkan keradangan dan melindungi wajah daripada bakteria.
- Foto – Pinterest
Cara-caranya:
IKLAN
- Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kopi (2 sudu besar), yogurt (3 sudu besar) dan madu (1 sudu besar).
- Sebatikan adunan tersebut dan sapukan pada permukaan wajah.
- Biarkan selama 10 minit atau sehingga kering.
- Akhir sekali bilas wajah dengan air dan keringkan.
Kalau Masalah Penuaan Pula…
Caffeic acid dan antioksidan dalam kopi boleh tingkatkan tahap kolagen dan kurangkan penuaan (termasuklah penuaan pramatang). Malah bahan ini juga boleh membantu melindungi kulit daripada penampilan bintik matahari, kemerahan dan garis-garis halus.
- Foto – Pinterest
Cara-caranya:
- Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kopi (1 sudu besar), serbuk koko (1 sudu besar), yogurt (3 sudu besar) dan madu (1 sudu besar).
- Kacau bahan-bahan sehingga sebati dan sapukan di wajah yang bersih dengan rata.
- Biarkan sehingga kering sebelum bilas dengan air dan dikeringkan.
*Lakukan sekurang-kurangnya 1-2 kali seminggu.
Selamat mencuba!