Kate Spade New York melancarkan kempen musim luruh 2022. Menghidupkan suasana townhouse musim luruh dengan latar belakang cetakan jenama – leopard, polka dot, rose, serta plaid yang berwarna-warni menyegarkan lagi kempen.
View this post on Instagram
IKLAN
Dengan fotografi oleh Nadine Ijewere, pengarah Alan Ferguson dan penggayaan oleh Nathan Klein, kempen itu menceritakan kisah penduduk di sebuah pangsapuri New York City berkumpul untuk rumah terbuka pada petang Sabtu. Semua orang berkumpul di rumah seorang jiran, memakai koleksi musim luruh dari Kate Spade.
Idea meraikan komuniti dan tenaga apabila sekumpulan individu berkumpul, kempen itu memperkenalkan lima jiran, masing-masing secara visual mewakili salah satu corak signature jenama. Setiap personaliti mencerminkan penciptanya;
- seorang penulis berpakaian kotak-kotak dan dikelilingi oleh buku.
- seorang pelukis memakai cetakan mawar yang sedang melukis di atas kanvas.
- seorang chef berpakaian polka dot menghidangkan croissant dari dapurnya bercorak polka dot.
- seorang pemuzik pula berpakaian cetakan harimau bintang berlatih alat muzik.
- seorang tukang berhias dalam persalinan plaid, ditemani kucing.
- Foto – Kate Spade New York
- Foto – Kate Spade New York
- Foto – Kate Spade New York
- Foto – Kate Spade New York
Pelakon kempen ini dibintangi oleh model Nya Gatbel, Rory Gevis, Pyeng Threadgill, Austria Ulloa dan Sarah Grace Wallerstedt.
Secara keseluruhan, koleksi Kate Spade New York Musim Luruh 2022 mengalu-alukan musim baru dengan ekspresi warna-warna cerah dan cetakan. Koleksi musim luruh kini tersedia dengan gaya baru yang dilancarkan sepanjang September dan Oktober.
Klik di sini untuk melihat koleksi musim luruh.