Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Gaya Rambut Vintaj Versi Moden Yang Boleh Buatkan Kamu Nampak Mahal

by Soph.Azz
September 12, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ada yang sukakan gaya rambut vintaj?

DIVA percaya akan ada orang yang bayangkan gaya rambut vintaj ini adalah stail rambut dulu-dulu, sangat klasik dan retro. Disesuaikan dengan peredaran zaman, DIVA ada beberapa idea gaya rambut vintaj versi moden yang boleh kamu tiru semula.

Sama ada gayakan semasa menghadiri majlis reunion, majlis perkahwinan atau secara hari-hari, kamu pasti akan nampak lebih mahal dan eksklusif dalam gaya rambut ini.

Scroll dan lihat beberapa idea berikut di bawah;

Finger wave yang ikonik 

Finger wave adalah gaya rambut kerinting yang dialunkan secara melekat di bahagian sekitar dahi dan tepi wajah. Cara untuk lakukannya agak rumit dan memerlukan latihan yang berulang kali.

Foto – Pinterest
  1. Sama ada gel atau setting hair spray, sapukan atau semburkan di rambut bang kamu.
  2. Kemudian ambil sikat dan bentukkan alunan di bahagian yang kamu inginkan.
  3. Bentukkan alunan tersebut seperti keriting iaitu alunan melengkung masuk dan keluar di sekeliling bingkai wajah.
  4. Setkan dengan wave clips selama beberapa jam sebelum di sembur sekali lagi dengan setting hair spray. 

Aksesori headband yang popular 

Sekitar tahun 60-an hingga 70-an, headband menjadi satu aksesori wajib bagi setiap wanita. Tak kiralah sama ada cekak rambut, bandana atau pun pengikat kepala.

Foto – Pinterest

Cara untuk gayakan aksesori ini adalah, ikat rambut dengan tinggi. Bahagian depan pula, bang disikat secara rapi menutupi dahi, rapat ke tepi atau ke belakang. Dan pilih headband kesukaan kamu, letakkan di tengah-tengah pembahagi rambut; antara rambut depan dan belakang atau pun ditutup. Siap!

Ala-ala Hollywood wave 

Gaya Hollywood Wave yang beralun besar ini masih kekal relevan sehingga sekarang. Walaupun gaya ini memerlukan masa dan tenaga yang banyak, tetapi ia sangat berbaloi!

Foto – Pinterest
  1. Bahagikan rambut pada beberapa bahagian dan gulungkannya satu persatu rambut yang dibahagikan itu menggunakan hair roller. 
  2. Biarkan selama beberapa jam, sekurang-kurangnya 3 jam sebelum keluarkan hair roller tersebut dari rambut satu persatu dengan perlahan-lahan.
  3. Selepas itu, setkan rambut dengan sikat menggunakan jari untuk tidak rosakkan alunannya.
  4. Akhir sekali semburkan rambut dengan setting hair spray untuk ‘kunci’ bentuk rambut.

Sentuhan moden dalam gaya retro flipped ponytail

Tak dinafikan ramai yang gayakan stail rambut ini kerana ia memberikan penampilan yang sangat comel dan eksklusif seperti patung Barbie. Gaya rambut ini mudah dilakukan iaitu ikat rambut secara ponytail yang tinggi.

Foto – Pinterest

Bahagian hujung rambut pula disetkan dengan semburan dan bentukkan ia melengkung keluar seperti badan angsa. Pada bahagian pengikat rambut pula, ambil separuh genggam rambut dan balut di sekitarnya. Akhir sekali ambil bobby pin untuk kunci balutan rambut tersebut.

Selamat mencuba!

FILED UNDER rambut retro versi modenrambut vintaj 2022
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.