Tinggal kenangan, bilik pameran yang pertama dibuka pada tahun 1986 akhirnya melabuhkan tirai.
Menjadi bilik pameran HABIB yang pertama dalam menyusun langkah dan melakarkan kejayaan sehingga berkembang ke hari ini, bilik pameran HABIB Semua House mempunyai seribu satu cerita di sebalik kilauan berlian dan permata yang dipamerkan.
Terletak di kawasan sekitar Kuala Lumpur, bilik pameran ini berada di dalam Pusat Membeli Belah Semua House. Nama ‘Semua House’ membawa erti rumah kepada segalanya benar-benar menggambarkan segala isi alam yang ada dijual di situ dari barangan pegantin sehinggalah ke barangan kemas.
IKLAN
- Foto – Dato’ Sri Meer Habib
Detik terindah di sini ketika bilik pameran penuh dibanjiri dengan pengunjung, kakitangan HABIB termasuk Dato’ Sri Meer Habib turut bersama-sama meringankan tulang membantu melayani pelanggan. Hubungan yang terjalin antara staff HABIB dan pelanggan bukan hanya berdasarkan jual beli namun sebuah hubungan persahabatan yang akrab sehingga ke hari ini dari generasi ke generasi.
Sebelum HABIB Semua House tutup selamanya, HABIB berlapang dada menyambut kehadiran para pelanggan dengan tangan yang terbuka sehinggalah 30 September ini.